Categories
NASIONAL

Suara Keadilan nafi pemilik akaun palsu ‘Suara Keadilan’

SHAH ALAM, 31 JAN: Suara Keadilan (SK) menafikan mereka pemilik kepada akaun Facebook yang menggunakan nama ‘Suara Keadilan’.(www.facebook.com/suara.keadilan)

Ketua Pengarangnya, Mohd Najib Hashim berkata, kewujudan akaun itu tidak pernah diketahui pihaknya dan SK langsung tidak mempunyai sebarang kaitan dengan pemilik akaun itu.

10965576_10152944745616117_627258679_nKatanya , akaun rasmi facebook SK ialah www.facebook.com/KeadilanDaily, sebagai medium penyampaian berita selain portal dalam talian iaitu KeadilanDaily.com namun semua akaun tersebut dikendalikan sendiri stafnya tanpa melibatkan campur tangan pihak luar.

Tambahnya lagi, pihaknya menyedari berkenaan kewujudan akaun palsu itu apabila beberapa posting yang dimuat naik telah tersebar luas dan melaporkan berita yang berbaur fitnah.

Namun katanya, beliau tidak jelas apakah motif pemilik akaun tersebut menggunakan nama Suara Keadilan namun beberapa maklumat kurang tepat yang dimuat naik pastinya akan menjejaskan nama dan kredibiliti SK serta parti KEADILAN sendiri.

“Kita harap pihak yang terlibat berhenti daripada menggunakan nama Suara Keadilan,” katanya dipetik Keadilan Daily.

Justeru, bagi mengelak kekeliruan orang ramai boleh melayari akaun rasmi laman sosial facebook (Keadilan Daily) dan Twitter rasmi Suara Keadilan (@Keadilan_Daily) selain portal atas talian Keadilan Daily.com.

EZY

Categories
NASIONAL

Tujuh polis serbu pejabat, Zunar masih di London

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 28 JAN:  Sepasukan polis hari ini menyerbu pejabat  kartunis terkenal, Zulkifli Anwar Ulhaq atau lebih dikenali sebagai Zunar.

Mugshoot Zunar“Mereka cuma mencari Zunar. Polis masih berada di pejabat,” kata sumber itu.

Kata sumber itu,  mulanya hanya dua polis yang hadir, namun kini bertambah sehingga tujuh orang.

Zunar adalah kartunis yang sering menampilkan kartun berbentuk satira dan berunsur politik.

zunar kongres ke 9 PKR 01Beliau pernah ditahan di bawah Akta Hasutan ekoran penerbitan karyanya ‘Cartoon-O-Phobia’ yang dikatakan mengandungi isu sensitif.

Antaranya termasuk isu pembunuhan Altantuya, konspirasi terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, isu kapal selam dan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

-NFN-

Categories
NASIONAL

PKR kecam rampas Suara Keadilan, tindakan zalim

KUALA LUMPUR 16 SEPT: PKR mengecam tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang melakukan rampasan lebih 300 naskhah akhbar Suara Keadilan.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil, berkata tindakan zalim ini membuktikan Kerajaan Umno-BN takut dengan perkembangan semasa berlaku sehingga menyekat maklumat sampai kepada rakyat.

SK rampas“KEADILAN mengecam tindakan KDN ini yang mengekang kebebasan bersuara, satu hak asasi yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

“KEADILAN turut menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk memansuhkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan yang masih bersifat kuku besi dan tidak demokratik,” katanya.

Selain itu katanya, Najib Razak harus menunjukkan kesungguhan politik sebagai seorang ‘demokrat moderat’ dan memansuhkan akta (Mesin Cetak dan Penerbitan) ini segera.

“KEADILAN menggesa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi untuk menjelaskan status permohonan permit Suara Keadilan yang telah dihantar sejak setahun lalu,” katanya dalam kenyataan media.

10 September lalu, lebih 300 naskah akhbar Suara Keadilan Bil 189 dirampas oleh KDN di Kedah.

Antara lokasi rampasan adalah sekitar Alor Setar, Kuala Kedah, Jitra, Pendang dan Kepala Batas. Malah rampasan turut dilakukan terhadap naskah Suara Keadilan Bil 188 di sekitar Kepala Batas dan Jitra.

Categories
NASIONAL

Rampasan 300 Suara Keadilan, hentikan perbodoh rakyat

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 15 SEPT: Suara Keadilan mengecam keras tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang merampas lebih 300 naskah akhbar berkenaan di Kedah, 10 September lalu.

Tindakan ini membuktikan transformasi dicanang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah transformasi ketakutan terhadap akhbar rasmi PKR itu.

SK rampasKetua Editorialnya, Najib Hashim berkata , Putrajaya perlu menghentikan budaya menakutkan dan memperbodohkan rakyat memandangkan sebagai sebuah parti, PKR memerlukan akhbar untuk menyampaikan maklumat kepada rakyat.

“Benda ini (rampasan) tidak sepatutunya berlaku, dimana transformasi (Datuk Seri) Najib menunjukkan ketakutan kepada Suara Keadilan.

“Kalau nak berhujah bab permit, (Najib) kena bagi permit.

“Tindak merampas bukan jalan penyelesaian. PKR kena ada akhbar sebagai media rasmi untuk menyampaikan maklumat kepda rakyat,” katanya kepada Selangor Kini.

Difahamkan antara lokasi rampasan KDN adalah sekitar Alor Setar, Kuala Kedah, Jitra, Pendang dan Kepala Batas. Malah rampasan turut dilakukan terhadap naskah Suara Keadilan Bil 188 di sekitar Kepala Batas dan Jitra.

“(Najib) kena terbuka dalam perkara ini. Tidak perlu lagi budaya rampas, banyak benda haram lain yang boleh dirampas,” kata beliau lagi.

EZY

Categories
SELANGOR

Ada nombor telefon blogger, SKMM panggil Sub Editor Suara Keadilan

Diqin_SKMM (1)KUALA LUMPUR, 22 OGOS: Sub Editor Suara Keadilan, Sidiqin Omar hari ini dipanggil Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) untuk membantu siasatan kes terhadap sebuah blog bebas.

Ditemani peguam, Farhan Read, Sidiqin hadir ke pejabat SKMM di Bangunan Sultan Abdul Samad untuk memberi keterangan berkenaan hubungannya dengan blogger tersebut.

?Saya hadir sebagai saksi yang mana tujuannya ialah jika kes blogger itu dibawa ke mahkamah, maka seksyen 114(A) akan digunakan,? katanya ketika ditemui.

Mengikut laporan Keadilan Daily, Dalam siasatan yang mengambil masa hampir dua jam, Sidiqin memberi keterangan terhadap lebih 20 soalan.

Farhan pula berkata, punca Sidiqin dipanggil hanya kerana beliau memiliki nombor telefon blogger berkenaan.

Categories
NASIONAL

PKR Tidak Gentar Tindakan KDN Rampas Suara Keadilan

saifuddin nasution

SHAH ALAM 23 MEI : PKR menegaskan pihaknya tidak gentar dengan tindakan terbaru Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang merampas akhbar rasmi parti itu Suara Keadilan.

Sebaliknya dalam satu kenyataan akhbar Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mengecam tindakan KDN dan menyifatkan ia sebagai bermotif politik.

Suara Keadilan dirampas dari kedai-kedai pembekal dan pengedar di seluruh negara.

“Merampas akhbar Suara Keadilan di beberapa negeri adalah cubaan menyekat penyebaran maklumat terutama mengenai penipuan Pilihan Raya Umum Ke 13 (PRU13) yang lalu.

“Ia satu lagi bukti kerajaan Umno-BN berterus-terusan mahu memperbodoh rakyat Malaysia dengan cubaan menyorokkan berita dan laporan alternatif  tentang politik negara yang boleh dinilai oleh rakyat,”katanya.

Tambahnya, belum pun baru menjawat jawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kembali bertindak keras dan tidak demokratik.

“Dalam tempoh 24 jam mulai semalam, pegawai-pegawai KDN  bertindak merampas dan mengancam menangkap pembekal dan pengedar akhbar Suara Keadilan di beberapa tempat,” katanya.

Saifuddin menjelaskan di Ipoh malam tadi, tujuh orang pegawai KDN  menyerbu premis salah seorang pembekal Suara Keadilan dan merampas 214 naskah akhbar tersebut di mana semua pegawai tersebut enggan memberi sebarang bukti surat kuasa rampasan.

Sementara di Melaka, katanya, pada jam 10 pagi hari ini 70 naskah Suara Keadilan dirampas dari seorang pengedar yang menyatakan pegawai KDN memberi alasan bahawa ia menyalahi Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

“Kejadian yang sama juga berlaku hari ini di Johor Bahru, Seremban, Bangi dan juga di Kota Bharu, Kelantan.

“PKR menjangkakan bahawa tindakan kasar, zalim dan sangat tidak demokratik ini akan berterusan seperti yang dilihat dalam penangkapan beberapa tokoh dan aktivis pembangkang seperti Nik Nazmi Nik Ahmad, Adam Adli, Tian Chua, Haris Ibrahim dan Tamrin Ghafar serta 18 orang aktivis lain yang menunjukkan sokongan kepada Adam Adli,” katanya.

Saifuddin berkata, PKR merasa kesal kerana kerajaan UMNO-BN masih dengan kesombongan mereka kerana gagal untuk mengubah sikap terhadap berita dan pandangan alternatif walaupun mereka telah menguasai sepenuhnya media di negara ini.