Categories
SELANGOR

Semangat setiakawan tiada bila exco PAS dikurangkan- Dr Halimah

Oleh: NORHAYATI UMOR

KLANG, 26 SEPT: Pembahagian bilangan Exco Selangor yang mengurangkan jawatan PAS tidak melambangkan semangat setia kawan pakatan rakyat, kata Bekas Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali.

“Semangat setiakawan tiada di situ,” katanya ringkas ketika ditanya mengenai pengurangan komposisi jawatan Exco di negeri itu.

Dr HalimahHalimah yang ditemui bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung perkara terbabit.

Menteri Besar yang baru, Mohammad Azmin Ali mengumumkan pagi tadi menyaksikan PAS kehilangan satu jawatan exco.

Jumlah ahli exco PAS dikurangkan daripada empat sebelum ini kepada tiga orang.

Manakala jumlah Exco dari PKR bertambah daripada tiga kepada empat orang.

Komposisi baru barisan Exco PKR-DAP-PAS itu, telah diperkenankan oleh DYMM Sultan Selangor semalam.

Mengulas beliau tidak dikekalkan sebagai Exco negeri, Halimah hanya mengucapkan exco baru dilantik semoga berjaya dan lakukan tugas dengan baik.

Halimah sebelum ini memegang portfolio terbabit sejak 2008.

Tiga ADUN yang digugurkan dari barisan Exco itu ialah Sallehen Mukhyi (PAS), Halimah Ali (PAS) dan Rodziah Ismail (PKR).

Upacara mengangkat sumpah jawatan akan diadakan di Istana Alam Shah di Klang pada jam 3 petang, hari ini.

Azmin berkata keputusan itu dipersetujui bersama permuafakatan Pakatan Rakyat, semalam.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.