Categories
SELANGOR

Semangat setiakawan tiada bila exco PAS dikurangkan- Dr Halimah

Oleh: NORHAYATI UMOR

KLANG, 26 SEPT: Pembahagian bilangan Exco Selangor yang mengurangkan jawatan PAS tidak melambangkan semangat setia kawan pakatan rakyat, kata Bekas Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali.

“Semangat setiakawan tiada di situ,” katanya ringkas ketika ditanya mengenai pengurangan komposisi jawatan Exco di negeri itu.

Dr HalimahHalimah yang ditemui bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung perkara terbabit.

Menteri Besar yang baru, Mohammad Azmin Ali mengumumkan pagi tadi menyaksikan PAS kehilangan satu jawatan exco.

Jumlah ahli exco PAS dikurangkan daripada empat sebelum ini kepada tiga orang.

Manakala jumlah Exco dari PKR bertambah daripada tiga kepada empat orang.

Komposisi baru barisan Exco PKR-DAP-PAS itu, telah diperkenankan oleh DYMM Sultan Selangor semalam.

Mengulas beliau tidak dikekalkan sebagai Exco negeri, Halimah hanya mengucapkan exco baru dilantik semoga berjaya dan lakukan tugas dengan baik.

Halimah sebelum ini memegang portfolio terbabit sejak 2008.

Tiga ADUN yang digugurkan dari barisan Exco itu ialah Sallehen Mukhyi (PAS), Halimah Ali (PAS) dan Rodziah Ismail (PKR).

Upacara mengangkat sumpah jawatan akan diadakan di Istana Alam Shah di Klang pada jam 3 petang, hari ini.

Azmin berkata keputusan itu dipersetujui bersama permuafakatan Pakatan Rakyat, semalam.

EZY

Categories
SELANGOR

Angkat ilmuan sebagai contoh ikutan

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 11 SEPT: Golongan ilmuwan seharusnya diangkat menjadi ‘role model’ kepada anak-anak muda dan pelajar di Selangor, bukannya artis atau selebriti.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata, para ilmuwan merupakan contoh terbaik diikuti dengan ketinggian ilmu dan akhlaknya.

cendekiawan-ilmuwan-islamNamun, katanya, masyarakat hari ini sebaliknya didedahkan secara berlebihan dunia selebriti sementara para ilmuwan kurang mendapat tempat termasuk di media massa.

“Sebab itu Kerajaan Negeri melancarkan Jejak Ilmuwan sejak 2008 bagi memberdayakan golongan bijak pandai di samping menjejaki bakal ilmuwan seperti dalam dewan hari ini.

“Hasrat Selangor kita tidak mahu anak-anak kita setakat baca dan hafal, tetapi mampu mengaplikasikan ilmu bermanfaat dalam kehidupan.

“Kita mahu para ilmuwan ini dijadikan ikutan untuk lahirkan generasi terbaik, bukan selebriti,” katanya di hadapan kira-kira 200 pelajar tahfiz.

Beliau berkata demikian dalam majlis pelancaran Bengkel Pendidikan STEM (Sains, Technology, Engineering & Mathematics) di Pusat Konvensyen Shah Alam di sini pagi tadi.

Pada masa sama, Halimah juga menyatakan sokongan penuh kepada usaha Kementerian Pelajaran Malaysia mengutamakan mata pelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik.

“Untuk itu, kita perlukan rancangan khusus agar para pelajar dapat diberi pendedahan kepada semua mata pelajaran ini.

“Tetapi harus ingat, kalau kita nanti berjaya bergelar jurutera, doktor, pereka cipta, ahli sains atau apa sahaja, haruslah kita laksanakan dengan amanah,” pesannya.

Bengkel anjuran Kelab Tunas Ilmuwan Selangor ini merupakan sebahagian daripada projek promosi STEM kepada masyarakat oleh International Islamic Academic of Life Sciences dan Biotechology (IAB), Universiti Selangor (UNISEL).

Pada kali ini, peserta bengkel merupakan pelajar daripada Maahad Integrasi Tahfiz Sains dan Teknologi Istana Bandar, Kolej Integrasi Tahfiz Tunas Ilmuwan Selangor dan Sekolah Menengah Islam Al-Farabi Kampung Delek Kiri.
EZY

Categories
SELANGOR

Selangorku Bebas Aedes perangi wabak Denggi

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 11 SEPT: Kerajaan Negeri dalam perancangan melaksanakan program mega Selangorku Bebas Aedes bagi membendung penyebaran wabak denggi di seluruh negeri ini.

Program dikendalikan Jawatankuasa Kesihatan Negeri kini dipangku Exco Kerajaan Negeri, Dr Halimah Ali, dijangka diadakan pada akhir September ini.

DENGGI GRAFIKIa membabitkan semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh Selangor, Penggerak Belia Tempatan (PeBT), pertubuhan wanita, badan dan agensi berkaitan serta seluruh masyarakat.

Pelaksanaan program ini ke arah memberi kesedaran kepada masyarakat betapa pentingnya usaha mencegah daripada mengubati.

Dilaporkan satu mesyuarat mengenai program berkaitan akan berlangsung pada Jumaat ini.

Categories
SELANGOR

Walaupun 6 exco kosong, urusan Kerajaan Selangor tetap berjalan

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 20 OGOS: Segala pelan dan rancangan program Kerajaan Negeri akan tetap dilaksanakan walaupun enam jawatankuasa portfolio terpaksa dikosongkan.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata, Kerajaan Negeri kini bekerja menjadikan keenam-enam portfolio itu sebagai satu tanggungjawab bersama.

Dr HalimahKatanya, Kerajaan Negeri terus komited untuk menjayakan segala program agar rakyat terus mendapat manfaat.

“Kita akan panggil semua (pegawai) stanco lain dan pegawai Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) setiap Selasa untuk selesaikan apa jua program dirancang supaya berjalan seperti biasa.

“Empat orang Exco dan para pegawai cuba sebaik menjalankan tugas berdasarkan perancangan yang disediakan sebelum ini,” katanya dalam sidang media di pejabatnya hari ini.

Beliau ditanya kelangsungan Kerajaan Negeri dan pembahagian portfolio selepas enam anggota Exco dipecat selepas enggan memberikan kerjasama dengan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Pada 11 Ogos lepas, DYMM Sultan Selangor memberi perkenan kepada Abdul Khalid untuk terus memegang jawatan Menteri Besar sekalipun beliau dipecat parti PKR dua hari sebelum itu.

Empat Exco daripada PAS termasuk Halimah memilih untuk kekal dalam Kerajaan Negeri bagi menjamin kelancaran pentadbiran dan perancangan sedia ada.

EZY

Categories
SELANGOR

RM1.088 juta bangun maahad tahfiz, sasar wujud setiap daerah

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 21 JULAI : Sejumlah RM1.088 juta disumbangkan Kerajaan Selangor kepada Persatuan Institusi Tahfiz al-Quran negeri Selangor (PITAS) bagi tujuan pembangunan sekolah maahad tahfiz di negeri ini.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali, berkata Kerajaan Negeri sentiasa menggalakkan anak-anak muda untuk membaca dan menghafal al-Quran selaras dengan visi menjadikan Selangor negeri berkebajikan, idaman, maju dan sejahtera.

h5Beliau berkata Kerajaan Selangor juga kini dalam proses untuk memastikan sekurang-kurangnya terdapat satu Maahad Integrasi Tahfiz Sains di setiap daerah di negeri ini yang akan dikelolakan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

“Pada 2008, kita wujudkan Maahad Integrasi Tahfiz Sains di Jugra dan sekarang Selangor sudah memiliki tiga buah maahad tahfiz dan bercadang untuk tambah lebih banyak lagi.

“Kerajaan negeri berbesar hati bersama-sama dengan PITAS untuk mengembangkan dan memperjuangkan seramai mungkin anak-anak Selangor yang mampu membaca al-quran dengan baik kerana ia adalah sumber ilmu untuk segala-galanya,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Hari Huffaz Selangor kali kelapan di Masjid Negeri, dekat sini semalam.

Pada majlis itu, lebih 300 orang pelajar tahfiz dari seluruh negeri Selangor mengalunkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran secara hafazan.

Dalam pada itu, Halimah berkata para pelajar yang sudah menamatkan pengajian di sekolah tahfiz diberi peluang untuk menyertai program “fast track” anjuran Yayasan Pendidikan Islam Selangor (YAPIS) dan Universiti Selangor (Unisel).

Katanya konsep ini diwujudkan bagi memberi galakan kepada pelajar tahfiz untuk membina kerjaya mereka sebaik selesai pengajian di sekolah masing-masing.

“Kita banyaj dengar keluhan daripada anak-anak yang sudah habis hafazan hendak ke mana, bagaimana mahu membina kerjaya mereka.

“Justeru pada tahun 2010, kita mulakan satu konsep di mana program Unisel-Yapis Fast Track diwujudkan untuk memberi peluang kepada pelajar tahfiz yang sudah selesai pilihan kerjaya mereka,” katanya lagi.

EZY

Categories
SELANGOR

Tilawah Al-Quran guna Braille usaha martabat OKU

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 21 JUN: Kerajaan Selangor sentiasa prihatin terhadap peranan golongan kurang upaya (OKU) di negeri ini bagi memastikan hak dan penyertaan mereka disamaratakan dalam pembangunan masyarakat.

Terbaru, usaha bagi mengiktiraf golongan itu diperhebatkan melalui penganjuran Majlis Tilawah al-Quran Braille Peringkat Kebangsaan yang menyaksikan golongan OKU daripada pelbagai peringkat umur tampil menunjukkan kemahiran mengalunkan ayat suci al-Quran.

tilawah al-quran braille 2 aExco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali dalam ucapannya berkata Kerajaan Negeri sentiasa menghargai usaha memartabatkan golongan OKU terutama dari sudut pendidikan supaya mereka tidak terpinggir.

Beliau berkata langkah itu juga adalah sejajar dengan hasrat Selangor untuk menjadikan negeri ini sebagai sebuah pusat hab ilmu, maju dan berkebajikan.

“Kalau rakyat tiada ilmu, apalah erti kemajuan kepada negeri dan sampai bila-bila Selangor tidak akan dapat memenuhi visinya untuk menjadi negeri idaman.

“Kerajaan Negeri sentiasa menghargai inisiatif daripada mana-mana pihak untuk memberi peluang kepada golongan cacat penglihatan ini dalam memartabatkan ilmu terutama al-Quran,” katanya.

braille 2 aBeliau turut memuji usaha penganjur majlis berkenaan iaitu KL Braille Resources yang menjadi syarikat pertama menerbitkan kitab suci al-Quran dalam tulisan braille.

Katanya usaha itu sekaligus memudahkan golongan cacat penglihatan untuk membaca al-Quran meskipun dilahirkan tidak sempurna.

“Mereka (KL Braille) membantu golongan yang kurang bernasib baik dan tidak membenarkan orang menggunakan alasan cacat penglihatan tidak mampu membaca al-Quran.

“Inilah modal insan yang kita mahukan di negeri Selangor malah saling membantu dari sudut ilmu sangat dituntut dalam Islam,” katanya lagi.

Seramai 12 peserta amatur dan berpengalaman dengan perbezaan latar belakang terlibat dalam pertandingan itu, majlis yang berlangsung di Perpustakaan Raja Tun Uda itu menyaksikan penglibatan dari beberapa buah negeri antaranya Selangor, Johor, Terengganu, Kelantan dan Kuala Lumpur.

Hadir sama, Pengarah Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), Mastura Muhammad dan Pengarah Urusan KL Braille Resources, Datuk Mah Hassan Omar.

EZY

 

Categories
SELANGOR

788 guru dan pegawai pendidikan JAIS dinaikkan gaji dan pangkat

Oleh: Lizawati Madfa

SHAH ALAM 4 JUN : Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) hari ini meluluskan kenaikan pangkat 788 guru dan pegawai pendidikan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr. Halimah Ali berkata, untuk itu Kerajaan Negeri akan membuat pembayaran tunggakan berjumlah RM 5.7 juta dengan perbezaan daripada Januari hingga Disember sebanyak RM 2.4 juta.

Dr HalimahKatanya, kenaikan pangkat itu akan dibuat secara ‘time based promotion’ kepada guru dan pegawai pendidikan melibatkan tangga gaji DG 29, DG 32, DG 41, DG 44, DG 48 dan DG 52.

“Hari ini ada berita gembira apabila MMKN luluskan pelaksanaan kenaikan pangkat kepada guru dan pegawai perkhidmatan pendidikan JAIS.

“Kita harap Kerajaan Negeri akan terus menghargai sumbangan guru-guru yang berkhidmat cemerlang dalam JAIS.

“Harap kelulusan ini juga akan mendorong semua untuk berkhidmat lebih cemerlang dalam usaha melahirkan insan cemerlang,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media bersama Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selepas mesyuarat MMKN hari ini.

Kenaikan kali ini melibatkan seramai 399 orang bagi penjawat pegawai perkhidmatan pendidikan, 353 orang bagi pegawai di tangga gaji DG 29, 37, orang pegawai (DG 32), tiga orang (DG 41), seorang (DG 44), empat orang (DG 48) dan seorang (DG 52).

EZY

Categories
SELANGOR

Umno-BN guna sekolah berkempen, tindakan bongkak dan lupa diri

Oleh: Norhayati Umor

SHAH ALAM 22 MEI : Pemimpin Umno-BN bongkak dan keliru apabila berterusan menggunakan aset kerajaan untuk dipergunakan dalam kempen politik mereka sewenang-wenangnya.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali menyelar kenyataan Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan menyatakan Barisan Nasional (BN) boleh menggunakan sekolah sebagai lokasi berkempen.

Dr Halimah“Itu masalahnya sebab mereka lupa yang membina sekolah itu adalah dari wang rakyat.

“Wang rakyat itu maksudnya duit dari penyokong BN mahupun pembangkang.

“Jadi apabila terlalu lama memerintah membuatkan BN lupa dan keliru apa itu politik,” katanya kepada ketika dihubungi SelangorKini.

Dr Halimah berkata sekolah mahupun institut pengajian tidak sesuai dijadikan lokasi berkempen politik kerana ia boleh menimbulkan pergaduhan.

“Sekolah itu untuk anak-anak belajar. Mereka tidak mengundi pun. Kalau sekadar ceramah untuk bagaimana mereka menjadi lebih kreatif itu bagus.

“Tetapi kalau bawa hal politik itu tidak sesuai kerana akan menimbulkan pergaduhan dan tidak sensitif kepada penyokong-penyokong lain,” katanya.

EZY

Categories
SELANGOR

Selangor bantu anak Allahyarham Kpl Raja Aizam dapatkan pekerjaan

Oleh : NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM 18 MAC: Dua Anak anggota polis Allahyarham Koperal Raja Aizam Raja Mohid yang meninggal dunia selepas diserang penjenayah warga asing baru-baru akan dibantu bagi mendapatkan perkerjaan bersesuaian.

Exco Selangor, Dr Halimah Ali, berkata pihak beliau akan berkerjasama dengan Pusat Pelaburan Negeri Selangor (SSIC) bagi mencari peluang perkerjaan yang bersesuaian dengan kelulusan yang dimiliki Raja Muhammad Rafiq Raja Aizam, 24 dan Raja Nor Atiqa Raja Aizam, 24.

IMG_6694a“Saya akan panjangkan kepada SSIC bagi membolehkan mereka melihat sekiranya terdapat peluang perkerjaan dalam syarikat di bawah SSIC yang bersesuaian dengan kelulusan anak Allahyarham.

“Ini bukanlah satu janji sebab peluang ini terletak kepada kekosongan jawatan yang ada dan kata putus juga terletak kepada syarikat-syarikat terbabit. Saya bantu dengan usaha apa yang termampu,” kata Dr Halimah ketika dihubungi Selangor Kini di sini, semalam.

Selain itu mana-mana syarikat yang berminat untuk memberi peluang perkerjaan yang bersesuaian kepada anak-anak Raja Aizam juga dialu-alukan menghubungi Selangor Kini bagi mendapatkan butiran lanjut.

Raja Muhammad Rafiq, anak sulong kepada pasangan Raja Aizam dan Norsalmah Nordi memiliki kelulusan Diploma dalam Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Multimedia Malaysia (MMU) dan baru menamatkan pengajiannya hujung tahun lalu.

Manakala adik kembarnya, Raja Atiqa, memiliki kelulusan Diploma Kejureteraan Mekanikal dari Kolej Antarabangsa Ikip (Ikip), Kuantan Pahang dan juga baru menamatkan pengajian pada penghujung tahun lalu.

Terdahulu dalam majlis penyampaian sumbangan, Norsalmah menerima sumbangan RM20,000 dari kerajaan negeri sebagai menghargai jasa dan pengorbanan suami beliau.

Sumbangan kerajaan negeri itu disampaikan Dr Halimah dalam satu majlis yang diadakan di Surau Ar-Rahimiah, Pangsapuri Polis di Klang pagi tadi.

EZY

Categories
SELANGOR

Agensi kerajaan perlu bekerjasama jadikan Selangor negeri idaman

Oleh : Siraj Mohd Zaini

PETALING JAYA 9 DIS :Semua agensi kerajaan perlu memainkan peranan yang diberikan dalam usaha menjadikan Selangor sebuah negeri idaman rakyat.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali, berkata masyarakat di Selangor mengharapkan semua agensi kerajaan bekerjasama antara satu sama lain dalam menangani masalah sosial di negeri itu.

Halimah Ali Majlis Pengistiharan Keputusan SM  Agama 2012 01Katanya, kerajaan negeri berhasrat menjadikan Selangor negeri maju, sejahtera dan berkebajikan pada tahun 2025 dan ia tidak akan tercapai tanpa kerjasama menyeluruh daripada semua pihak.

“Kerajaan negeri melalui jawatankuasa induk menangani gejala sosial Selangor atau dikenali sebagai GEMS, ingin memastikan rakyat di negeri ini mempunyai kualiti hidup terbaik dan bebas daripada masalah sosial,” katanya.

Dr Halimah berkata demikian ketika merasmikan Program Masyarakat Bersama Jabatan dan Agensi Kerajaan di Padang Awam Blok 4, 5, 6 Pangsapuri Desa Mentari, Petaling Jaya, di sini, semalam.

DSC_0260aTurut hadir, Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad, wakil agensi kerajaan dan lebih 400 penduduk setempat.

Program berkenaan menyediakan tapak pameran yang disertai kira-kira 20 agensi kerajaan antaranya Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS), Lembaga Zakat Selangor(LZS), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Turut menyertai pameran adalah kaunter skim Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) seperti Skim Mesra Usia Emas (SMUE), Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS), Skim Kesihatan Wanita (MAMMOGRAM) dan Skim Wakaf Selangor.

DSC_0218aSehubungan itu, Dr Halimah berkata, kerjasama antara agensi kerajaan tidak memberi makna jika penduduk serta masyarakat tidak menghargai pelbagai bantuan yang diberikan.

“Jabatan dan agensi kerajaan boleh bantu, tetapi bukan semua. Jika ingin menjadikan Desa Mentari idaman penduduka,semua harus ke depan, selain berkeinginan dan bertekad menjadikan tempat kediaman ini sebagai idaman.

“Segala bantuan dan peruntukan seperti membaiki lif perlu dijaga bersama dan penduduk perlu berusaha menangani masalah sosial di kalangan masyarakat,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Selangor sifatkan nilai anak muda lebih mahal dari lombong emas

Oleh Hafizan Taib

SHAH ALAM 6 DIS: Kerajaan Selangor menyifatkan golongan muda sebagai aset paling bernilai untuk digilap sebagai generasi masa depan yang berilmu dan berkebolehan demi kemajuan tanah air.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berbangga dengan pencapaian modal insan kerana Selangor mencapai kemajuan hingga dinobat negeri termaju dan terkaya tanpa bergantung kepada hasil bumi.

“Selangor tiada minyak, tiada emas, balak pun sudah habis, pasir pun kurang selain sumber asli lain yang tidak banyak tetapi aset kekayaan paling bernilai ialah anda semua, anak-anak sebagai bakal modal insan.

“Kerajaan Negeri melihat anak-anak semua lebih bernilai dan lebih mahal daripada telaga minyak dan lombong emas. Inilah caranya kita menilai insan di Selangor,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Semarak Kasih Tingkatan Lima Rancangan Khas Pendidikan Yayasan Selangor di Dewan Banquet, Bangunan Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz di sini, semalam.

Turut hadir, Pengurus Besar Yayasan Selangor, Ilham Marzuki dan Pengurus Kanan Jabatan Pendidikannya, Zahura Zakry.

Dr Halimah juga merakam penghargaan kepada Yayasan Selangor dan menyifatkan peranan dimainkan yayasan itu melahirkan insan yang terpelihara segi pembangunan sahsiah, berketrampilan dan berkepimpinan.

– FZL