Categories
SELANGOR

Sultan nasihat MB jika ada isu susahkan rakyat

Oleh: AFEEQA AFEERA

KLANG, 26 SEPT: DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah Baginda Sultan tidak campur tangan dalam pentadbiran negeri dijalankan Menteri Besar sebaliknya hanya memberi nasihat jika ada perkara menyusahkan rakyat.

Baginda mengingatkan tugas Sultan tidak terhad dalam istiadat dan majlis rasmi sahaja, tetapi memastikan rakyat hidup aman dan maju jaya.

SultanBaginda bertitah rakyat perlu memahami fungsi sebenar Sultan dan kuasa Institusi Raja.

“Beta mengucapkan penghargaan kepada rakyat menyokong Beta dalam kemelut pelantikan Menteri Besar dan mempercayai Beta dalam menyelesaikan kemelut ini.

“Beta sentiasa memikirkan ketenteraman, kemakmuran dan keharmonian rakyat Negeri Selangor yang Beta kasihi ini,” titah Baginda.

Sultan Sharafuddin bertitah demikian pada Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Ikrar Aku Janji serta Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Exco ni Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang hari ini.

Baginda Sultan mengingatkan Melayu supaya tidak berpecah belah, tidak ektremis atau mengelirukan rakyat hingga mengikut ajaran agama sesat.

Baginda bertitah orang Melayu Islam tidak boleh berpuak-puak, mencaci antara sesama sendiri hingga meruntuhkan kemuafakatan orang Melayu.

“Janganlah mudah sangat orang Melayu diperdaya sehingga maruah tergadai demi untuk kepentingan sendiri,” titah Baginda.

EZY

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.