Categories
KENYATAAN MEDIA

AMK Selangor gerak mobilasi Rakyat Hakim Negara

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Negeri Selangor menyokong penuh mobilisasi #RakyatHakimNegara yang dilancarkan baru-baru ini untuk menzahirkan solidariti dan sokongan kepada Ketua Umum KEADILAN, YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam Pendengaran Rayuan Kes Fitnah 2 yang dijadualkan pada 28 dan 29 Oktober ini.

Sehubungan dengan itu, AMK Negeri Selangor akan menggerakkan anggota-anggota AMK dari setiap 22 Cabang di seluruh Selangor.

AMK Negeri Selangor juga menyediakan seramai 300 orang anggota AMK sebagai skuad keselamatan yang berperanan mengawal keadaan dan keselamatan rakyat yang berhimpun untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

Mewakili AMK Negeri Selangor, saya menyeru anak-anak muda di seluruh Selangor yang mencintai keadilan dan membenci kezaliman untuk turut serta dan hadir pada 28 dan 29 Oktober 2014 di Istana Kehakiman, Putrajaya.

*MOHD RADZLAN JALALUDIN adalah Naib Ketua AMK merangkap wakil Pimpinan AMK Selangor

Leave a Reply

Your email address will not be published.