Categories
SELANGOR

PKNS tunggu laporan penuh MBSA kebakaran Uptown 24

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 17 OKT: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) masih menunggu laporan penuh yang bakal dibentangkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) kepada Kerajaan Selangor sebelum memutuskan tarikh menyerahkan sumbangan kepada mangsa kebakaran Uptown 24 Shah Alam.

Hal ini kerana, MBSA bakal menentukan jumlah penerima berdaftar sebenar sebelum diserahkan kepada PKNS.

_MG_8689Penolong Pengurus Tanggungjawab Korporat, Siti Zabedah Mat Jalani berkata, pihaknya masih menunggu maklumat lengkap daripada MBSA.

“Kita masih menunggu informasi dariapada MBSA baru kita boleh tetapkan tarikh penyerahan sumbangan.

“Kita kena lihat bagi mengelakkan percanggahan di antara penyewa dan pemilik untuk menerima bantuan.

“Selain itu, MBSA juga mahu melihat berapa jumlah mangsa yang telah berdaftar untuk menerima sumbangan,” katanya kepada Selangor Kini.

Sebelum ini, Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali mengumumkan PKNS selaku pemilik tanah Kompleks Muhibbah pula akan memberikan bantuan kewangan bencana secara tunai melalui program CSR berjumlah RM500 kepada setiap peniaga terlibat.

Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan ketika dihubungi Selangor Kini hari ini memaklumkan, pihaknya akan mengemukakan kertas kerja itu secepat mungkin kepada Kerajaan Selangor.

Dalam satu kejadian kebakaran di Uptown Seksyen 24, Shah Alam telah mengakibatkan 187 lot kedai musnah dijilat api melibatkan 136 orang peniaga.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.