Categories
NASIONAL

Anwar: golongan hartawan dapat kelonggaran bayar cukai?

PARLIMEN, 7 OKT: Berapa banyak cukai dikutip daripada 20 hartawan terkemuka negara, soal Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar menggesa Putrajaya mendedahkan berapa jumlah cukai yang dipungut daripada golongan elit itu terutamanya ahli perniagaan Tan Sri T Ananda Krishnan dan Tan Sri Vincent Tan, serta anak kepada mantan Perdana Menteri, Datuk Mokhzani Mahathir.

Beliau membuat gesaan itu sewaktu menyokong Rang Undang-Undang Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan 2014) di Dewan Rakyat, hari ini.

“Saya menyokong pindaan ini yang memberikan lebih autonomi kepada LHDN.

anwar“Saya mahu tahu daripada 20 billionaire di negara kita ini berapakah jumlah cukai yang kita kumpulkan?” soal Anwar, memetik laporan Malaysiakini.

Menjelaskan sokongan beliau, Anwar berkata terdapat dakwaan golongan kaya diberi kelonggaran tertentu dalam pembayaran cukai mereka.

“Tidak mudah bagi orang biasa bagi mendapat kelonggaran tapi ada maklumat di mana LHDN ditekan.

“Di mana orang-orang kaya boleh diberi kelonggaran, bayaran ansuran 18 bulan, umpamanya,” kata Ketua Umum PKR itu.

Anwar mahu Putrajaya menjelaskan pendirian berhubung perkara ini dan melaksanakan kutipan cukai secara adil dan saksama.

LHDN (1)“Kalau ini cara yang konsisten diberi kepada semua, yang berhak, saya tidak masalah.

“Tetapi tentunya tidak boleh diberi pengecualian kerana perkara ini dari segi fakta pernah berlaku dan saya harap dengan perubahan ini, kita dapat jamin (LHDN) lebih efisien, lebih profesional dan autonomi bermakna ada tekad untuk melaksanakan (kutipan cukai) tanpa memilih kedudukan atau kekayaan seorang itu,” kata Anwar.

HM

Leave a Reply

Your email address will not be published.