Categories
SELANGOR

Anwar nafi wujud surat ikat Azmin

Oleh: AFIX REDZUAN

KLANG, 21 OKT: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan kewujudan surat yang didakwa perjanjian antara parti itu dengan Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali berhubung pelantikan Menteri Besar Selangor.

Beliau berkata, perkara itt sengaja dibangkitkan Umno kerana beliau sendiri tidak menerima e-mel surat perjanjian yang dimaksudkan.

“Soal urusan parti, beliau (Mohamed Azmin) masih Timbalan Presiden dan saudara Rafizi adalah Setiausaha Agung. Puncanya daripada Umno. E-mel itu katanya dihantar kepada saya tetapi tidak terima pun.

anwar“Jadi ia adalah e-mel pejabat Umno. Kalau hantar kepada saya, mesti terima. Saya periksa tiada,” katanya kepada media, di sini, hari ini.

Beliau berkata, pemilihan Mohamed Azmin untuk jawatan nombor satu Selangor itu disokong penuh, bahkan beliau sendiri kagum dengan cara pentadbirannya.

Katanya pelantikan Rafizi selaku Setiausaha Agung PKR bagi menggantikan Datuk Saifuddin Nasution bertujuan memantapkan kepimpinan parti.

“Nak ikat buat apa, kita sokong beliau sebagai Menteri Besar. Kita sokong sebagai Timbalan Presiden.

“Buat apa Umno nak sibuk lagakan? Kita perlu pasukan yang padu dan kalau tengok ketegangan ketika pertandingan, pemilihan Menteri Besar pendirian kita juga.

“Kita tidak setuju, umpamanya pihak berkuasa termasuk istana yang mengenepikan suara rakyat. Pendirian kita tidak berubah.

PKR“Tetapi, kita yang memilih untuk menyokong Mohamed Azmin dan dalam beberapa minggu lalu mengendalikan pentadbiran Kerajaan Negeri dengan cukup membanggakan, bahkan selari dengan pendirian juga pendekatan Pakatan Rakyat,” katanya.

Penulis blog, Raja Petra Kamaruddin dalam tulisannya “Rafizi’s real job as Sec-Gen” mendedahkan satu surat yang ditulis Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli kepada Mohamed Azmin.

Surat tidak bertarikh itu mensyaratkan PKR berhak memecat Mohamed Azmin sebagai Menteri Besar Selangor jika didapati tidak mengikut arahan parti.

Surat itu ditujukan kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Pemuda, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Namun, Raja Petra mendakwa Mohamed Azmin sehingga kini tidak menandatangani surat perjanjian itu.

Mohamed Azmin sebelum ini menafikan kewujudan sebarang perjanjian antara dirinya dengan PKR berhubung pelantikan beliau sebagai Menteri Besar Selangor.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.