Categories
SELANGOR

Empat restoran tegar langgar undang-undang diarah tutup- MPSJ

Oleh: NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 4 OKT: Sebanyak empat restoran yang kerap melakukan kesalahan melanggar syarat lesen ditetapkan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) diberi notis pembatalan dan diarahkan tutup.

Timbalan Pengarah Korporat, Muhamad Azli Miswan, berkata semua restoran itu diambil tindakan berulang kali di atas kesalahan menggunakan kawasan parkir dengan meletakkan kerusi dan meja serta gerai makanan.

mpsj“Tindakan itu menimbulkan masalah kesesakan lalulintas dan halangan yang menjadi rungutan serta ketidakselesaan pengguna jalan raya dan pengunjung lokasi.

“Restoran ini juga didapati menggunakan gerai yang melampaui jumlah dibenarkan dalam restoran sehingga mencemar longkang awam dan menjejas kebersihan persekitaran,” jelasnya dalam satu kenyataan.

Dua daripada restoran terletak di Taman Equine, Sri Kembangan manakala dua lagi di Puchong Jaya.

Berdasarkan rekod, dua restoran itu pernah dikenakan tindakan penguatkuasaan selama 11 kali manakala dua lagi sebanyak enam kali pada tahun ini sahaja.

Selain diarah tutup, pengusaha terlibat juga diminta mengemukakan surat alasan penolakan tindakan pembatalan lesen terhadap mereka dalam tempoh tujuh hari.

Penyerahan notis tersebut disampaikan sendiri oleh Pengarah Jabatan Pelesenan, Ismail Salim.

Tindakan diambil di bawah Undang-undang Kecil Tred Pelesenan, Perniagaan & Perindustrian MPSJ 2007 yang sekiranya didapati bersalah boleh menyebabkan lesen perniagaan di batalkan.

“MPSJ menggalakkn peniaga untuk menjalankan perniagaan di kawasan Perbandaran Subang Jaya tetapi mereka perlu bertanggungjawab mematuhi syarat lesen dan peraturan ditetapkan,” katanya.

Dalam pada itu, MPSJ mengenalpasti 19 restoran yang masih tegar melakukan pelanggaran syarat lesen.

Mereka akan dikenakan tindakan serupa sekiranya masih mengulangi kesalahan itu.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.