Categories
SELANGOR

Orang ramai harap Azmin terus terjah masalah rakyat, bukan gimik

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 4 OKT: Langkah pertama Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali menerjah kawasan pembuangan sampah dan penempatan haram semalam dihamburi pujian masyarakat.

Tinjauan di laman rasmi Facebook Azmin, rata-rata rakyat meninggalkan komen mengucap tahniah dan berharap agar Ahli Parlimen Gombak itu meneruskan komitmen berkenaan.

1604460_10204764065812711_2006421474052461441_n (1) (1)Shahbudin Ismail menyifatkan tindakan Azmin sebagai di luar amalan pemimpin di peringkat persekutuan.

“Menteri UMNO tak buat macam ini. Kalau ada pun mesti ada karpet merah.

“Terjah YAB, kami sokong 100 peratus,” ucapnya.

Sementara itu, ada juga suara yang mengucapkan tahniah atas pembentukan pasukan pentadbiran negeri ‘muda’ yang diketuai Azmin.

“Kita memang perlukan pemimpin-pemimpin muda.

“Dalam kabinet melambak pemimpin yang dah senja dan berkarat. Ubah,” tegas Bravia Braga.

MBterjah2

Rosnba Jamil pula menekankan agar orang ramai turut memberikan kerjasama kepada Kerajaan Negeri agar permasalahan sama tidak berulang.

“Rakyat pun kenalah jadi mata, telinga, tangan dan kaki yang menyokong penuh padu dan jujur. Bekerja bersama-sama pasti lebih mantap,” katanya.

“Kalau Azmin Ali kekalkan momentum macam ini, Insya Allah Umno-BN susah nak dapat balik Selangor,” luah Nasa Ozil pula.

MBterjah3

Semalam, Azmin mengisi aktiviti program mesra rakyat pertamanya dengan menerjah pusat pembuangan sampah haram di Sungai Kertas Batu Caves.

Beliau antara lain sempat memeriksa lori tanpa permit yang beroperasi di kawasan itu dan turun ke longkang untuk meneliti masalah banjir kilat di sekitar Kampung Nakhoda.

Leave a Reply

Your email address will not be published.