Categories
SELANGOR

Jika Indonesia ada Jokowi, di Malaysia ada ‘Jokomin’

SHAH ALAM 24 OKT: Jika di Indonesia ada Joko Widodo (Jokowi) selaku Presiden republik negara itu yang berimejkan santai dan gemar berpakaian biasa ala-rakyat.

Di Malaysia, Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali digelar dengan Jokowi Malaysia atau Jokomin.

jokominKomen itu dizahirkan ke laman sosial dan ramai yang menganggap tindakan Mohamed Azmin yang meninggalkan imej elit kepada lebih merakyat perlu diteruskan.

“Kalau di Indonesia ada Jokowi, di Malaysia ada Jokomin,” tulis Pisau Karat ditwitternya.

Mohamed Azmin mengakui program turun padang yang dilaksanakannya setiap minggu merupakan inspirasi daripada Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi).

MB bajaKatanya, tugas Jokowi yang dilihat majoritinya bersama rakyat berbanding di pejabat akan diaplikasikan di dalam corak pentadbirannya di Selangor.

“Saya kenal Bapak Jokowi dan pernah mengunjunginya tahun lalu, Jokowi kata kepada saya…Azmin, masa saya hanya 20 peratus di pejabat, selebihnya di lapangan bersama rakyat.

“Ya, saya mahu tiru cara dia, kerana itu, saya komited untuk sentiasa bersama rakyat dan mendengar keluhan hati mereka,” katanya semasa majlis perhimpunan pagi penjawat awam daerah Sabak Bernam di Sungai Besar, hari ini.

Mohamed Azmin sebelum ini dilihat menyamakan tanggungjawab kerjanya sama seperti Jokowi.

1925283_329041233969678_2813924606747987782_nSelain digambarkan melalui Tweet, Mohamed Azmin turut membayangkan kerjanya lebih kepada meninjau kesusahan rakyat negeri itu sendiri dengan turun padang merasai denyut nadi kesusahan dan kepayahan rakyat.

Beliau sendiri mendapatkan penjelasan daripada pegawai bertanggungjawab berkenaan sesuatu isu dan masalah serta melaksanakan penyelesaian secara segera.

Pelantikan Jokowi sebelum ini turut memberi harapan baru kepada anak muda Indonesia yang membentuk peratusan besar dalam populasi rakyat republik itu yang melebihi angka 250 juta orang.

Jokowi sendiri di dalam pidato pertamanya mengajak semua golongan bekerja keras dan menghargai peranan golongan bawahan demi masa depan Indonesia.

Azmin mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor yang ke-15 pada 23 September lepas di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.