Categories
NASIONAL

Kes denggi meningkat 212% hingga 18 Oktober

SHAH ALAM, 29 OKT: Jumlah kumulatif kes denggi yang dilaporkan di seluruh negara dari Januari sehingga 18 Oktober lalu meningkat 212 peratus kepada 82,738 kes berbanding 26,527 kes yang dilaporkan bagi tempoh yang sama pada 2013.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kumulatif kematian sehingga 18 Oktober lalu adalah 157 berbanding 59 bagi tempoh sama tahun lalu.

Azmin denggiHasil pemantauan kementerian dari Januari sehingga 11 Oktober lalu, 3.99 juta premis diperiksa di seluruh negara dan 13,013 kompaun dikeluarkan bernilai lebih RM6 juta.

Memetik Bernama, beliau berkata, terdapat peningkatan 19 peratus dalam tempoh tujuh hari dari 12 Oktober hingga 18 Oktober lalu dengan 2,160 kes dilaporkan kes berbanding 1,822 kes pada minggu sebelumnya.

Katanya, terdapat 10 negeri mengalami peningkatan kes demam denggi dalam tempoh berkenaan iaitu Selangor, Melaka, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Terengganu, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang dan Johor.

Leave a Reply

Your email address will not be published.