Categories
SELANGOR

MB: Kerajaan Pusat patut bentang bajet proaktif bela rakyat

Oleh: NAEEM RAFFI

BANTING, 10 OKT: Kerajaan Persekutuan patut menghentikan kepincangan tatakelola dan amalan rasuah harus untuk melihat pertumbuhan ekonomi dan pembangunan lebih sihat di negara ini.

Datuk Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata kerajaan diharap mengambil ikhtibar daripada keadaan ekonomi negara yang semakin membengkak dengan membentangkan belanjawan 2015 yang lebih proaktif demi kebajikan rakyat.

MB bajet1“kita harap ada langkah proaktif diambil untuk mengurangkan hutang dalam negara yangsemakin membengkak.

“Hentikan amalan rasuah, ketirasan dan kebocoran sana sini seperti yang direkodkan Ketua Audit Negara,” katanya.

Azmin berkata demikian ketika ditemui pemberita seusai majlis Perhimpunan Pagi Bersama Penjawat Awam Daerah Kuala Langat di Dewan Sri Jugra di sini pagi tadi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak akan membentangkan Bajet 2015 petang ini di Dewan Rakyat.

Semalam Pakatan Rakyat membentangkan bajet alternatif dengan menumpukan kepada memperbetul kepincangan pentadbiran dan ekonomi negara yang mendatangkan kesan negatif kepada kesejahteraan rakyat.

EZY

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.