Categories
SELANGOR

Perjanjian air terancam tak dapat dilaksanakan?

Oleh: AFIX REDZUAN

HULU KELANG, 10 OKT: Kerajaan Persekutuan perlu memuktamadkan segera perjanjian penstrukturan air yang dimeterai dengan Kerajaan Selangor kerana perjanjian itu sedang terancam.

Datuk Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali menyuarakan kebimbangan beliau memandangkan terdapat perkembangan baru yang mungkin menyebabkan perjanjian itu tidak dapat dilaksanakan.

surau iman5“Saya tidak mahu mendedahkan sekarang. Ancaman itu daripada peringkat Kerajaan Pusat.

“Kita mahu isu penstrukturan air ini dimuktamadkan supaya bekalan air bersih kepada pengguna tidak lagi menjadi isu,” katanya kepada media selepas Majlis Kesyukuran di Masjid Al Iman, Hulu Kelang,semalam.

Beliau yang juga Adun Bukit Antarabangsa turut mengharapkan agar perjanjian itu dihormati semua pihak.

“Tetapi semua pihak kena menghormati pelaksanan penstrukturan ini,” katanya.

Azmin turut memaklumkan telah menulis surat kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) Datuk Seri Maximus Ongkili untuk memberikan kebenaran kepada Kerajaan Negeri Selangor mendedahkan kandungan air tersebut kepada umum.

Beliau berkata, pihaknya menerima tiga salinan asal ketiga-tiga perjanjian penstrukturan air tersebut, namun dokumen itu dilindungi Akta Rahsia Rasmi (OSA).

“Kesemua tiga perjanjian ini terikat dengan OSA.

“Ini bukan soal keselamatan, tiada sebab dilindungi,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.