Categories
SELANGOR

MB mohon dedahkan perjanjian air, mahu kuasa dalam projek Langat 2

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 2 OKT: Datuk Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali akan menulis kepada Kerajaan Persekutuan agar membuka dokumen Memorandum Persefahaman (MoU) dan dokumen Perjanjian Penstrukturan Semula Air Selangor kepada pihak awam.

Jelas Mohamed Azmin pendedahan dokumen yang diklasfikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) itu perlu dilakukan bagi menjamin ketelusan perjanjian itu kepada pengguna dan rakyat Selangor.

_MG_7316[1]“Kita berjanji mahu memastikan kepentingan pengguna dan rakyat Selangor mestilah dijamin dalam perjanjian yang ditandatangani bersama Kerajaan Pusat,” kata Mohamed Azmin sebaik sahaja selesai mesyuarat Majlis Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) pagi tadi.

Mesyuarat yang dilangsungkan di Bilik Gerakan MTES, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) itu antara lain memberi taklimat berhubung penstrukturan air Selangor kepada anggota-anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri baharu.

Mohamed Azmin juga menegaskan Kerajaan Negeri wajar diberikan kuasa bagi memastikan tender Projek Langat 2 diadakan secara terbuka.

“Apabila mereka memberi taklimat Langat 2, kita mahu Kerajaan Negeri mempunyai kuasa untuk memastikan proses tender itu dibuat secara terbuka dan kita mahu kos pembangunan dan kos operasi Langat 2 itu tidak membebankan rakyat Selangor,” ujar beliau lagi.

HM

Leave a Reply

Your email address will not be published.