Categories
SELANGOR

MB: RM400 juta MARRIS diguna baik pulih jalan negeri

Oleh: AFIX REDZUAN

HULU KELANG, 10 OKT: Kerajaan Selangor bakal menggunakan kesemua peruntukan Sistem Maklumat Jalan Raya Malaysia (MARRIS) bernilai RM400 juta bagi membaiki jalan di negeri ini.

Kesemua peruntukan ini akan dibahagikan kepada semua daerah memandangkan terdapat pelbagai permintaan untuk membaik pulih jalan.

surau iman3“Tahun depan saya memutuskan RM400 juta ini dibahagikan kepada 12 PBT bagi memanfaatkan penyelenggaraan jalan supaya tidak lagi ada masalah seperti ini,” katanya dalam ucapan ringkas di Masjid Al-Iman, Kemensah Height.

Menyentuh soal Belanjawan Selangor 2015, Mohamed Azmin berkata Kerajaan memutuskan perbelanjaan pembangunan ditingkatkan sehingga 50 peratus sementara perbelanjaan mengurus dikurangkan.

Hal ini bagi membolehkan tumpuan ke arah pembangunan infrastruktur rakyat dilakukan seperti dicadangkan.

Mohamed Azmin sebelum itu hadir di dalam Majlis Doa Selamat dan Bacaan Yaasin anjuran Masjid Al-Iman di Kemensah Height, Hulu Kelang.

Beliau juga meluangkan masa menunaikan solat fardhu Maghrib dan Isyak secara berjemaah bersama hampir 100 orang kariah yang terdiri daripada penduduk setempat.

Beliau turut ditemani isteri, Shamshidar Taharin, Ahli Parlimen. Tumpat, Datuk Kamarudin Jaafar dan Adun Hulu Kelang, Saari Sungib.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.