Categories
SELANGOR

MB: “Tak mahu rakyat duduk rumah kos rendah macam merpati”

Oleh: NAZLI IBRAHIM

PETALING JAYA, 31 OKT: Kerajaan Selangor bakal melancarkan projek perumahan mampu milik secara besar-besaran tahun hadapan.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, projek perumahan mampu milik yang dijadikan sebagai salah satu teras Belanjawan Selangor 2015 itu dilancarkan bagi memastikan rakyat dapat memiliki rumah lebih selesa berbanding rumah kos rendah.

MB rumah cat“Kali ini saya tak mahu lagi rakyat duduk dalam rumah kos rendah macam merpati.

“Rakyat nak sebuah rumah yang selesa untuk keluarga, sekurang-kurangnya ada tiga bilik tidur untuk keluarganya.

“Keluasan yang cukup baik dengan kemudahan yang baik dan justeru itu Kerajaan Negeri mengambil ketetapan akan melancarkan rumah mampu milik secara besar-besaran mulai 2015,” kata Mohamed Azmin, hari ini.

Beliau berkata demikian dihadapan kira-kira 200 kakitangan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada Program Menteri Besar Turun Padang di Auditorium MBPJ, di sini.

Meskipun Kerajaan Negeri fokus membangunkan ekonomi negeri itu, kesenjangan pendapatan di antara rakyat tetap diambil kira.

Antara langkah diambil, termasuk meneruskan bantuan kebajikan kepada rakyat yang memerlukan.

Mohamed Azmin juga mengingatkan Kerajaan Persekutuan menghormati semangat federalisme dengan menjalin kerjasama dengan Kerajaan Negeri untuk kepentingan rakyat negeri ini.

Jelas beliau, tambahan pula Selangor merupakan penyumbang terbesar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kepada Kerajaan Persekutuan iaitu sebanyak 25 peratus.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.