Categories
NASIONAL

Sayu mendengar cerita rumah Kampung Chubadak dirobohkan- Nik Nazmi

KUALA LUMPUR 31 OKT: Exco Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad membuat lawatan pasangan warga emas yang rumah mereka diroboh di Kampung Chubadak, di sini, hari ini.

Kini, Abdul Halim Hamid, 76, dan isterinya, Wahidah Mat Salleh, 72, yang menetap di situ lebih 40 tahun lalu hanya berteduh di bawah sebuah khemah yang dibina jiran tetangga.

ChubadakNik Nazmi yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) berkata Wahidah tidak dapat menahan sebaknya semasa menceritakan kezaliman DBKL ketika merobohkan rumahnya.

“Sayu mendengar ceritanya,” kata Nik Nazmi.

Sebelum itu, kira-kira 80 orang menyertai bantahan tindakan merobohkan rumah di Kampung Chubadak Tambahan, Sentul yang diadakan di perkarangan Masjid Bandar Baru Sentul.

Seorang penduduk di bantahan itu menarik perhatian apabila dia berselimutkan kain kapan bertulis Chubadak dan memakai rambut palsu.

Menurut beberapa aktivis yang menyertai bantahan itu, ia menjadi simbolik kepada terkuburnya Kampung Chubadak Tambahan.

“Saya mahu rumah saya kembali,” kata penduduk berkenaan dipetik Malaysiakini.

Bantahan itu turut disertai Ahli Parlimen Batu Tian Chua; Ketua Penerangan Muslimat PAS pusat Aiman Athirah, ADUN Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad dan aktivis Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (GAMIS).

Mereka kemudiannya berarak ke pejabat pemaju yang terletak 1.5km dari tempat mereka berkumpul.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.