Categories
NASIONAL

Orang ‘BN’ tipu warga emas RM157,765.71

MIRI 3 OKT: Seorang lelaki berusia 74 tahun kerugian wang simpanan berjumlah RM157,765.71, ditipu seorang lelaki yang mendakwa daripada Barisan Nasional (BN), Selasa lepas.

Ketua Polis Miri, Asisten Kominsioner Gan Tian Kee berkata, mangsa membuat laporan polis semalam dan kes sedang disiasat.

LOGO POLIS BARU-EDIT“Suspek bertemu mangsa pada pukul 10 pagi Selasa lepas di belakang Hotel Grand Palace dan memperkenalkan diri daripada parti BN,” katanya dipetik Bernama hari ini.

Gan berkata, suspek mendakwa mahu membantu mangsa mendapatkan keuntungan lebih besar dengan mencadangkan mangsa menyimpan dalam akaun simpanan tetap sebuah bank yang menawarkan kadar faedah tinggi.

“Mangsa dibawa ke CIMB oleh suspek untuk mengeluarkan wang berjumlah RM157,765.71 dalam akaun simpanan tetap mangsa di bank itu,” katanya.

Gan berkata, suspek telah membawa wang mangsa ke bank berlainan dan kononnya telah dimasukkan ke dalam akaun simpanan tetap bank berkenaan.

Suspek memberitahu mangsa bahawa pihak bank akan menelefonnya pada pukul 3 petang dan menghantar mangsa balik ke lokasi asal tempat mereka bertemu.

“Mangsa sedar ditipu oleh suspek apabila tiada panggilan telefon diterima daripada bank berkenaan pada pukul 3 petang hari yang sama,” katanya.

Beliau berkata selain suspek utama yang dipercayai menjadi dalang penipuan itu, polis turut memburu dua lelaki, yang dipercayai rakan subahatnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.