Categories
NASIONAL

Pemerhati politik: Azmin perlu sedia galas tanggungjawab jika Anwar dipenjara

SHAH ALAM 19 OKT: Mohamed Azmin Ali selaku Timbalan Presiden PKR yang juga Dato’ Menteri Besar Selangor, beliau perlu memikirkan masa depan PKR jika Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhadapan hukuman penjara.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Wan Saiful Wan Jan berkata, parti itu juga perlu bersiap sedia mental dan fizikal untuk menghadapi hukuman yang tidak disenangi mereka dengan memberikan fokus kepada pembinaan kepimpinan.

PC MB Azmin di SUK (5)“Jadi saya rasa bukan setakat perjuangan perlu diteruskan, tetapi pengkaderan pimpinan parti perlu dilipat-gandakan,” katanya dipetik The Malaysian Insider.

Anwar kini berdepan pusingan terakhir dalam perbicaraan kes Liwat II dan berkemungkinan dipenjarakan berikutan rayuan peringkat akhir kes Liwat II beliau di mahkamah yang ditetapkan pada 28 dan 29 Oktober ini.

Menyentuh mengenai hubungan antara rakan parti dalam Pakatan, DAP dan PAS, Wan Saiful berkata peranan tersebut perlu dipikul oleh Azmin Ali.

“Masa depan PKR tanpa Anwar sebenarnya bergantung pada Azmin, beliau perlu jadi pemimpin bukan sekadar untuk PKR tetapi juga semua dalam Pakatan,” kata beliau.

Wan Saiful menjelaskan hubungan baik Azmin dengan PAS dan sokongan yang diberikan DAP semasa kemelut menteri besar Selangor sebagai sandaran baik untuk Ahli Parlimen Gombak itu sebagai penghubung dalam Pakatan.

Bagaimanapun, Wan Saiful berkata Azmin perlu melakukan sedikit perubahan peribadi untuk memudahkan rakan parti mendekatinya.

“Azmin perlu jadi lebih mesra kerana ramai orang kata beliau sukar untuk didekati, tidak berapa fleksibel.

“Kalau boleh perbaiki itu, beliau boleh main peranan penting bukan sekadar dalam PKR tetapi Pakatan,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.