Categories
SELANGOR

Salahuddin alukan 2 ADUN PAS kemuka rayuan kepada Syura Ulama

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KUALA LUMPUR, 24 OKT: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub mengalu-alukan rayuan dua ADUN PAS Selangor, Saari Sungib (Hulu Klang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) berhubung hukuman penggantungan keahlian PAS selama setahun.

“Saya dapat tahu kedua-dua mereka akan membuat rayuan terhadap hukuman mereka.

PAS-for-All“Saya menyambut baik dan mengalu-alukan langkah mereka mengemukakan rayuan kepada Majlis Syura Ulama (MSU),” kata Salahuddin.

Beliau berkata demikian di sidang media sebaik selesai forum Bicara Harakah yang bertajuk ‘Bajet 2015 – Di Mana Pincangnya’ di Galeri My Harakah Bazaar, di Jalan Pahang di sini, semalam.

Tambah Salahuddin, beliau percaya MSU akan lebih fleksibel ketika meneliti rayuan yang bakal dikemukakan nanti.

Tindakan penggantungan keahlian PAS itu dibuat dalam mesyuarat PAS pusat sebelum ini apabila menyokong Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilantik sebagai Menteri Besar Selangor.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.