Categories
NASIONAL

1MDB: Tak hormat dewan, Rafizi minta Ahmad Maslan dirujuk PSC

SHAH ALAM, 12 NOV: Jawapan ‘flip flop’ yang dberikan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkenaan isu surat sokongan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dilihat tidak menghormati Parlimen.

Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli berkata, tindakan Ahmad itu yang asalnya tidak menafikan bahawa terdapat surat sokongan dikeluarkan dan kemudian mengatakan ia wujud jelas mengelirukan Dewan Rakyat.

“Ahmad Maslan ketika ditanya dalam Parlimen menafikan sekeras-kerasnya terdapat surat sokongan itu.

1MDB“Bagaimanapun ketika ditanya media, beliau mengakui surat sokongan itu ada,” katanya yang dipetik dari The Malaysian Insider, di sini, hari ini.

Rafizi berkata, beliau menghantar surat kepada speaker untuk merujuk Ahmad kepada Jawatankuasa Khas Parlimen selepas melihat daripada tindakan Timbalan Menteri Kewangan itu yang jelas mengelirukan dewan.

“Kerana penafian Ahmad Maslan di Parlimen yang sudah dirakam dalam hansard, ada rekod dan bukti menunjukkan beliau mengelirukan dewan.

“Dan kita pagi ini sudah hantar kepada speaker surat berkenaan hal terbabit,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.