Categories
SELANGOR

Dana Sel buka peluang peneroka, miskin bandar miliki rumah

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 26 NOV: Penubuhan tabung membantu golongan kurang berkemampuan memiliki kediaman sendiri, Skim Pembiayaan Perumahan Selangorku (Dana Sel) seperti diumumkan Dato’ Menteri Besar dalam Belanjawan Negeri Selangor 2015 dijangka dapat membantu peneroka dan miskin bandar memiliki kediaman sendiri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim berkata, golongan terbabit juga perlu bijak mengambil peluang yang disediakan Kerajaan Negeri.

“Ini satu langkah yang tidak pernah dilaksanakan kerajaan dan ia adalah pembaharuan. Peneroka bandar dan miskin bandar yang tidak mampu beli rumah, bahkan ada yang tidak mampu sewa rumah akan ambil peluang ini.

10730897_818859168178431_7467407850314655035_n“Dengan adanya bantuan ini daripada Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS), saya harap mereka dapat menyewa rumah dan memiliki rumah seperti matlamat kerajaan satu keluarga, satu kediaman,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini, di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata, langkah yang diumumkan dalam belanjawan bertema ‘Pembangunan Berkualiti, Rakyat Dipeduli’ itu adalah salah satu bukti keprihatinan Kerajaan Pakatan Rakyat dalam isu perumahan bagi rakyat.

Sementara itu, ADUN Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman berkata, peruntukan RM10 juta bagi perumahan sewa milik dilihat dapat membantu golongan berpendapatan sederhana dan rendah menghadapi peningkatan kos sara hidup.

khairuddin othman“Cara ini bukan sahaja memberi peluang untuk mereka memiliki rumah tetapi meringankan beban membayar sewa yang tinggi.

“Selangor sudah terlalu banyak rumah yang mahal dan sudah masanya kita bagi tumpuan kepada golongan sederhana dan bawahan untuk memiliki rumah” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.