Categories
SELANGOR

118 peneroka bandar terima tawaran Dana-Sel

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 10 OGOS: 118 peneroka bandar di Kampung Rimba Jaya boleh menarik nafas lega apabila hasrat memiliki kediaman sendiri tercapai menerusi tawaran Skim Sewa Milik Kerajaan Selangor (Skim Dana-Sel).

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Dato’ Iskandar Abdul Samad, berkata skim itu dilaksanakan selepas Kerajaan Negeri mendapati sesetengah golongan tidak mampu memiliki kediaman sendiri.

Katanya, ia ekoran mereka disenarai hitam institusi kewangan dan berpendapatan rendah.

“Mereka ini adalah peneroka Kampung Rimba Jaya yang hendak dipindahkan di sini tetapi tidak dapat pinjaman bank ekoran pendapatan rendah, tiada dokumen lengkap dan disenarai hitam.

“Harga asal rumah ini RM42,000 tetapi Kerajaan Negeri tawar subsidi RM7,000 menjadikan harga jualan RM35,000 sahaja,” katanya pada Majlis Makan Tengahari Bersama Penerima Skim Dana-Sel di Pangsapuri Rimba DSC_7044 KecilJaya, di sini, hari ini.

Pada masa sama, Iskandar berkata, skim itu menawarkan pelbagai kelebihan ekoran tiada deposit dikenakan.

Katanya, penyewa juga bakal memiliki rumah terbabit dalam tempoh 20 hingga 25 tahun selepas bayaran sewa selesai.

“Skim ini akan diperluaskan di kawasan lain bagi membolehkan lebih ramai golongan sama memiliki kediaman sendiri,” katanya.

-AA-

Categories
SELANGOR

MB: RM10 juta Dana Sel sasar 15,000 rumah mampu milik

Oleh: NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 4 DIS: Sebanyak 15,000 rumah mampu milik (RMM) disasar dibina dalam masa dua tahun dengan peruntukan permulaan RM10 juta melalui Skim Pembiayaan Perumahan Selangorku (Dana-Sel).

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, Skim Dana-Sel itu dengan pendekatan sewa dan milik bertujuan membantu peneroka dan miskin bandar memiliki kediaman sendiri.

Pelancaran Dana-Sel MB (ASRI) (6)Katanya, peruntukan itu disalurkan kepada Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) bagi pelaksanaan skim itu bermula 2015.

“Saya tidak maksudkan jumlah itu mencukupi, sekurang-kurangnya ada usaha ditunjukkan kerana program perumahan PR1MA anjuran Kerajaan Pusat masih tidak jelas kejayaannya dan berdepan cabaran kos tanah dan masalah pengurusan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Skim Pembiayaan Perumahan Selangorku (Dana-Sel) di sini, hari ini.

Sebagai permulaan, projek Rumah Kos Rendah (PKR) Ukay Indah, Sungai Sering dan RKR Pangsapuri Rimba dipilih sebagai projek perintis melibatkan 220 keluarga peneroka bandar.

Bagi fasa pertama dilancarkan pada hari ini, seramai 42 peserta terdiri daripada 22 peserta daripadanya dari Ken Rimba, Bandar Rimba Jaya dan bakinya 20 peserta dari Sungai Sering, Hulu Langat.

Manakala selebihnya dilaksanakan secara berperingkat menjelang tahun hadapan.

Mengulas lanjut, Mohamed Azmin berkata pengenalan Dana-Sel seperti diumumkan dalam Belanjawan Selangor 2015 lalu, bukti keprihatinan Kerajaan Pakatan Rakyat dalam isu perumahan rakyat.

“Kos hartanah di Kuala Lumpur melonjak tinggi menyebabkan pemaju berhijrah ke Selangor.

“Jadi kesempatan ini diraih peluang dengan memastikan tanah di Selangor dibangunkan secara kerjasama antara pemaju swasta dan anak syarikat Kerajaan Negeri,” katanya.

Semua peserta di bawah Skim Dana-Sel diberikan rumah kos rendah untuk disewa dan seterusnya memiliki rumah itu setelah mencapai tempoh matang penyewaan mengikut terma dan syarat perjanjian sewa dan milik.

Sepanjang tempoh penyewaan, peserta perlu menjelaskan bayaran sewa bulanan dan lain-lain bayaran seperti caj pengurusan, cukai tanah, cukai pintu, insurans kebakaran serta bil-bil utiliti yang lain.

Selain itu, peserta juga tidak dibenarkan menyewa unit mahupun bilik di dalam unit itu kepada pihak ketiga.

Sekiranya peserta melunaskan semua bayaran dan tidak mempunyai tunggakan, rumah itu akan dipindah milik kepada individu berkenaan.

EZY

Categories
SELANGOR

Dana Sel buka peluang peneroka, miskin bandar miliki rumah

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 26 NOV: Penubuhan tabung membantu golongan kurang berkemampuan memiliki kediaman sendiri, Skim Pembiayaan Perumahan Selangorku (Dana Sel) seperti diumumkan Dato’ Menteri Besar dalam Belanjawan Negeri Selangor 2015 dijangka dapat membantu peneroka dan miskin bandar memiliki kediaman sendiri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim berkata, golongan terbabit juga perlu bijak mengambil peluang yang disediakan Kerajaan Negeri.

“Ini satu langkah yang tidak pernah dilaksanakan kerajaan dan ia adalah pembaharuan. Peneroka bandar dan miskin bandar yang tidak mampu beli rumah, bahkan ada yang tidak mampu sewa rumah akan ambil peluang ini.

10730897_818859168178431_7467407850314655035_n“Dengan adanya bantuan ini daripada Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS), saya harap mereka dapat menyewa rumah dan memiliki rumah seperti matlamat kerajaan satu keluarga, satu kediaman,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini, di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata, langkah yang diumumkan dalam belanjawan bertema ‘Pembangunan Berkualiti, Rakyat Dipeduli’ itu adalah salah satu bukti keprihatinan Kerajaan Pakatan Rakyat dalam isu perumahan bagi rakyat.

Sementara itu, ADUN Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman berkata, peruntukan RM10 juta bagi perumahan sewa milik dilihat dapat membantu golongan berpendapatan sederhana dan rendah menghadapi peningkatan kos sara hidup.

khairuddin othman“Cara ini bukan sahaja memberi peluang untuk mereka memiliki rumah tetapi meringankan beban membayar sewa yang tinggi.

“Selangor sudah terlalu banyak rumah yang mahal dan sudah masanya kita bagi tumpuan kepada golongan sederhana dan bawahan untuk memiliki rumah” katanya.

-NFN-