Categories
SELANGOR

Invest Selangor Berhad jenama baru SSIC tingkatkan pelaburan

Oleh: NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 24 NOV : Selangor State Investment Centre (SSIC) dijenamakan semula kepada Invest Selangor Berhad (ISB) bagi memperkukuhkan sektor pelaburan, perindustrian dan perdagangan.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata usaha itu bagi memacu sektor pelaburan ke arah lebih membanggakan.

Bajet MS5“Penjenamaan ini memberi imej baru di peringkat tempatan dan antarabangsa dalam mempromosikan Selangor sebagai destinasi pelaburan dan perdagangan terunggul,” katanya ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2015, di Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini.

SSIC Berhad adalah sebuah anak syarikat Kerajaan Negeri yang beroperasi sejak 1999 dan berperanan mempromosikan Selangor sebagai destinasi pelaburan terbaik di Malaysia dan rantau Asia.

Menerusi SSIC, prestasi pelaburan Selangor bermula 2000 hingga 2014 terus cemerlang dengan mencatatkan nilai pelaburan tertinggi RM117.75 bilion daripada 4,173 projek perkilangan iaitu 19 peratus daripada semua pelaburan yang diluluskan seluruh negara.

Sepanjang tempoh 14 tahun itu, sejumlah RM60.45 bilion adalah daripada pelaburan tempatan dan RM57.30 bilion membabitkan pelaburan asing, manakala 328,168 potensi peluang pekerjaan diwujudkan.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.