Categories
SELANGOR

MB: RM10 juta Tabung Biasiswa Selangorku, RM12 juta Dana Bantuan Sara Diri

Oleh : NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 24 NOV: RM10 juta disediakan bagi Tabung Biasiswa Selangorku khusus untuk anak Selangor dari desa dan keluarga berpendapatan rendah yang menuntut di Universiti Selangor (UNISEL) dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

Dana Bantuan Sara Diri Anak Selangor untuk mahasiswa UNISEL dan KUIS diperuntukkan berjumlah RM12 juta setahun sebagai bantuan awal sebelum pelajar menerima wang pendahuluan pembiayaan PTPTN atau pembiayaan pendidikan lain.

10352148_818857948178553_7046295858563244909_nDato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata Tabung biasiswa itu ditubuhkan bagi menjayakan prinsip kepelbagaian sejajar dengan falsafah pendemokrasian pendidikan tinggi.

“Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Selangor berjumlah RM16 juta yang memberikan kemudahan pinjaman boleh ubah (convertible loans) kepada pelajar cemerlang.

“Program Hadiah Anak Masuk Universiti diteruskan dengan peruntukan sebanyak RM8 juta, khusus kepada pelajar Sarjana Muda dan Diploma sepenuh masa dari keluarga yang berpendapatan kurang RM3,000 sebulan.

“Setiap mereka menerima RM1,000 selepas mendaftarkan diri untuk tahun pertama di universiti,” katanya ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2015, di Dewan Negeri Selangor (DNS), hari ini.

10361048_818858328178515_5529404061707804544_nMohamed Azmin berkata Kerajaan Negeri akan membesarkan ‘brain bank’ Selangor dengan mewujudkan 10 biasiswa bagi pengajian bidang-bidang strategik dan kritikal di peringkat Doktor Falsafah (PhD) di kalangan anak Selangor dengan peruntukkan RM5 juta.

Kerajaan Negeri turut menawarkan 10 tempat di UNISEL untuk anak Orang Asli yang dibiayai sepenuhnya Kerajaan Negeri menerusi biasiswa dikenali ‘Biasiswa Sagong Tasi’.

Mohamed Azmin berkata, Geran awal RM2 juta diwujudkan untuk penubuhan Institut Darul Ehsan (IDE).

1461155_818858791511802_789221624198092465_n“Dana diperuntukkan bagi tujuan pendidikan, bukan hanya merupakan pelaburan kerajaan masa depan, tetapi merupakan inisiatif permuafakatan bersama mahasiswa, pensyarah, warga alumni dan masyarakat khususnya rakyat Selangor,” katanya.

Bagi sektor pendidikan tinggi agama, RM2 juta dikhususkan bagi Program Pendidikan Pengajian Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat yang ditawarkan KUIS

Ia akan dibiayai oleh Kerajaan Negeri dengan kerjasama Perbadanan dan Anak Syarikat Negeri, dengan demikian, KUIS segera berstatus universiti penuh.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.