Categories
NASIONAL

“Jangan berkokok kata PAS sesat, tengok ekor Umno penuh najis”

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 5 NOV : Pimpinan Umno dingatkan tidak mengeluarkan kenyataan PAS membawa ajaran sesat dalam pentadbirannya dan bertujuan memesongkan akidah umat Islam.

Ketua Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kaiat, berkata PAS menjadikan al-Quran, Sunnah, Ijmak dan qias sebagai panduan utama termasuk dari alim ulama yang faqih dalam pelbagai bidang ilmu untuk setiap perkara mahupun tindak tanduk yang dilakukan.

UMNO BN 55Beliau turut menyindir kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sebelum ini bahawa Umno tidak pernah menggunakan ayat al-Quran dalam urusan mereka suatu ketika dahulu.

“Siapa yang (lebih) sesat? Pelbagai fahaman yang muncul hari ini akibat dari sistem pendidikan negara di bawah UMNO yang tidak berteraskan Islam.

“Para alim ulama dalam PAS menubuhkan pondok dan Sekolah Agama Rakyat, akhirnya menjadi mangsa dendam Umno dengan tidak memberi bantuan sewajarnya.

“Jika Tengku Adnan rasa seronok berkokok memberitahu PAS bawa ajaran sesat, tengok juga ekor UMNO yang penuh dengan najis itu,” katanya di Facebook.

Mengulas lanjut, Suhaizan berkata Pemuda PAS menubuhkan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) untuk memberi pendedahan tentang Islam kepada anak-anak kecil dan bukannya menghasut mereka membenci sesiapa.

Katanya Tengku Adnan termasuk rakyat Malaysia dialu-alukan untuk menilai sistem PASTI dengan Tabika KEMAS sekiranya merasakan pusat asuhan itu membawa elemen tidak baik.

“Kalau ada bekas pelajar PASTI menolak Umno apabila besar disebabkan ilmu dibekalkan kepada mereka untuk membezakan antara haq dan bathil menurut neraca al-Quran,” katanya lagi.

Ketika berucap pada majlis penutup Multaqa Kebangsaan Biro Agama Umno di Kuala Lumpur, Tengku Adnan mendakwa PAS sebuah parti politik yang membawa ajaran sesat dan memesongkan akidah umat Islam.

Sebaliknya beliau berkata Umno adalah parti Melayu yang memastikan akidah umat Islam di Malaysia tetap terpelihara.

Selain itu, Tengku Adnan turut mendakwa taman asuhan kanak-kanak yang dibangunkan PAS bertujuan merosakkan minda kanak-kanak di peringkat awal.

Ekoran itu, PAS berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Setiausaha Agung Umno itu dan akan merujuk kepada Lajnah undang-undang PAS bagi tindakan susulan.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.