Categories
SELANGOR

Paras air Empangan Selangor lepasi 50%

SHAH ALAM 11 NOV: Paras air di empangan Sungai Selangor mencatatkan peningkatan kepada 52.56 peratus selepas berada di paras kritikal iaitu 40 peratus beberapa bulan lalu.

Peningkatan itu melegakan penduduk Lembah Klang selepas paras air di empangan itu mencatatkan penurunan beberapa bulan lepas yang menyebabkan penjadualan air dilaksanakan.

EmpanganMenurut laman web Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), sehingga 8 pagi Selasa, paras air di empangan itu mencecah 199.60 meter,

Kadar hujan yang tinggi mutakhir ini membantu peningkatan paras air empangan.

Empangan Sungai Selangor membekalkan kira-kira 60 peratus air ke Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor.

Empangan Batu mencatatkan 93.36 peratus, Empangan Klang Gate 95.08 peratus, Kolam Takungan Sg. Labu (ORS) 66.10 peratus dan Empangan Langat 98.63 peratus.

Sementara itu, Semenyih 70.69 peratus, Empangan Sg Tinggi 49.68 peratus, Tasik Subang 73.11 peratus.

Leave a Reply

Your email address will not be published.