Categories
NASIONAL

Kerajaan Johor patut contohi Selangor hargai peranan pembangkang

SHAH ALAM 25 NOV: Kerajaan Johor patut mencontohi Kerajaan Selangor dalam memberikan peruntukan sewajarnya kepada wakil rakyat pembangkang.

Adun Bukit Batu di Johor, Jimmy Puah Wee Tse mahu Kerajaan Johor mengikuti langkah dimulakan Selangor dengan memberi pengiktirafan rasmi jawatan Ketua Pembangkang Johor.

Sidang DUN 24.11.2014 (2)“Kerajaan Johor tidak memberi sebarang peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang dan kesemua wakil rakyat dikehendaki membuat permohonan terus kepada pejabat Menteri Besar untuk peruntukan khusus.

“Dukacita, dimaklumkan setakat hari ini kesemua permohonan saya tidak pernah sekali pun dijawab pejabat Menteri Besar Johor,” kata Puah Wee dalam kenyataan media.

Katanya, KEADILAN Johor mengalu-alukan tindakan dan keputusan Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali yang mengumumkan Belanjawan Selangor 2015 kesemua 13 wakil rakyat pembangkang dan bebas diberi peruntukan sebanyak RM200,000 setahun untuk program pembangunan di kawasan mereka.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga memperuntukan RM40,000 kepada wakil rakyat pembangkang di Pulau Pinang masing-masing untuk projek berskala kecil di kawasan pegangan pembangkang.

Kataya, tindakan Kerajaan Selangor dan Pulau Pinang adalah adil dan memberi makna sebenar kepada prinsip demokrasi.

“Setiap anak Johor patut diberi layanan yang sama dan wsajar menikmati manfaat hasil pembangunan Johor tidak kira samada mereka tinggal dibawah kawasan BN atau PR;

“Rakyat yang tinggal dibawah kawasan pembangkang tidak patut dianak tirikan kerajaan,” katanya.

EZY

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.