Categories
NASIONAL

Kes Perhimpunan Aman: Nik Nazmi saman Peguam Negara ‘berniat jahat’

SHAH ALAM 7 NOV: Exco Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata beliau akan menyaman Peguam Negara dalam masa terdekat kerana ‘berniat jahat’ dalam kes perhimpunan tanpa mengemukakan notis.

Nik Nazmi dipetik di Twitternya selepas keputusan dibebaskan Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini, beliau akan meminta peguamnya mempercepatkan proses menyaman Peguam Negara itu.

nik nazmi pcBeliau yang didakwa sebanyak tiga kali oleh Pejabat Peguam Negara atas kesalahan sama, dibebaskan lagi hari ini, kali ini oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Dalam keputusan hari ini, Hakim Datuk Abdul Halim Aman berkata beliau terikat dengan keputusan Mahkamah Rayuan 25 April, yang membebaskan Nik Nazmi atas tuduhan menganjurkan perhimpunan tanpa mengemukakan notis.

Keputusan Mahkamah Rayuan itu juga mengisytiharkan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman yang memperuntukkan kesalahan Nik Nazmi itu sebagai tidak mengikut perlembagaan.

Seksyen berkenaan mentakrifkan perhimpunan spontan sebagai jenayah, dan menyediakan hukuman denda sehingga RM10,000.

Peguam Nik Nazmi, N Surendran berkata beliau berharap tiada lagi tuduhan baru dikenakan ke atas anak guamnya itu yang “mungkin mencipta sejarah sebagai orang yang paling kerap dibebaskan atas tuduhan sama”.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.