Categories
NASIONAL

Fahmi: “Jika dibuang UM, Terima Kasih Selangor beri peluang”

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 7 NOV: Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM), Fahmi Zainol mengalu-alukan peluang untuk beliau dan rakan-rakan meneruskan pengajian di IPT Negeri Selangor sekiranya mereka dikenakan hukuman berat.

Beliau mewakili kumpulan mahasiswa berkenaan memuji tindakan murni yang dibuat oleh Kerajaan Selangor ini dan berharap akan menjadi ‘cermin’ kepada pihak lain termasuk Kerajaan Persekutuan.

Mahasiswa UM“Saya berbesar hati dan gembira apabila Kerajaan Selangor sudi tawarkan pengajian di Unisel atau KUIS.

“Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Selangor kerana memberi ruang dan bantu sekiranya dibuang.

“Saya menwakili semua mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali dan Exco Pendidikan, Nik Nazmi kerana cakna berkenaan mahasiswa dan berharap tindakan mereka ini memberikan cermin kepada pihak lain seperti Kerajaan Malaysia sendiri,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini.

Sementara itu beliau memaklumkan prosiding pendengaran oleh lembaga disiplin universiti ditangguhkan pada 18 November.

Katanya penangguhan ini diputuskan oleh ahli panel namun mereka hanya mengetahui penangguhan ini daripada kakitangan pejabat dan bukannya daripada ahli panel.

Jelasnya lagi tindakan tersebut disifatkan sebagai tidak beradab.

“Kami pergi sendiri ke tempat yang dibicarakan baru dimaklumkan oleh staf, bukan daripada ahli tindakan tatatertib, staff (kakitangan) yang beritahu.

“Maaf prosiding akan ditangguhkan sehingga 18 November. Mereka beritahu ahli tindakan tatatertib dah balik. Ini tindakan yang tidak beradab,” kata beliau lagi.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.