Categories
SELANGOR

APA KES!: Tak diselenggara, Lalang panjang 5 kaki di jalan utama Seri Andalas?

Oleh: Naeem Raffi

KLANG, 7 NOV : Jabatan Kerja Raya (JKR) digesa lebih proaktif menyelenggara jalan seliaannya demi keselamatan pengguna jalanraya.

Gesaan itu dilontarkan Ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK) Zon 49B, Kamal Batcha Noor Mohideen setelah beberapa jalan persekutuan utama di zon seliaannya gagal diselenggara dengan baik oleh agensi itu.

tinjauan3 (1) “Bila sebut jalan utama (persekutuan) ia adalah jalan seliaan JKR. Malangnya jalan ini tidak diselenggara lebih setahun.

“Penduduk yang tidak tahu status jalan ini, akan terus menyalahkan MPK kononnya kami tidak buat kerja,” katanya kepada Selangor Kini.

Tinjaun Selangor Kini ke lokasi berkenaan mendapati jalan utama di Seri Andalas melibatkan Jalan Sungai Jati, Jalan Tun Abdul Razak dan Jalan Raja Nong dipenuhi lalang dan tumbuhan liar menjalar setinggi lima kaki.

Selain sistem aliran tersumbat dan dipenuhi tumbuhan liar, semak samun yang tebal dan tinggi juga menghalang papan tanda dan penglihatan pengguna jalanraya.

ahlimajlisMengulas lanjut, Kamal berkata pihaknya telah beberapa kali membangkitkan perkara berkenaan kepada JKR dalam mesyuarat bersama sebelum ini.

Namun sehingga kini, tiada tindakan diambil.

“Bila perkara ini dibangkitkan dalam pertemuan itu, respon yang kami terima dari wakil JKR adalah mereka masih menunggu arahan daripada pusat.

“Bila agensi kerajaan pusat tidak mahu bekerjasama dengan PBT dan kerajaan negeri, ini akan mendatangkan masalah yang akhirnya rakyat terkesan,” katanya.

tinjauan7 (1)Untuk rekod, JKR dipertanggungjawabkan menjalankan kerja penyelenggaraan rutin, berkala dan kecemasan di setiap jalan persekutuan.

Kerja-kerja penyenggaraan tersebut merangkumi kerja menampal pothole, meratakan bahu jalan, memotong rumput, mencuci pembetung, jambatan dan longkang.

Usaha untuk menghubungi JKR untuk memberikan respon berkenaan perkara itu sedang diusahakan namun masih belum berjaya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.