Categories
SELANGOR

Ketua Pembangkang DNS puji MB berani bentang belanjawan defisit

SHAH ALAM 25 NOV: Ketua Pembangkang Dewan Negeri Selangor (DNS), Datuk Shamsudin Lias memuji pembaharuan dalam pembentangan Belanjawan Selangor 2015 dikemukakan Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali dalam membentangkan belanjawan defisit.

Shamsudin di Sidang DNS berkata, Mohamed Azmin bertindak berani untuk menyatakan belanjawan defisit secara terus terang tanpa selindung dengan belanjawan tambahan.

10801816_818849664846048_3237730925260679204_nKatanya, namun belanjawan dikemukakan yang mencatat defisit terbesar dalam sejarah RM450 juta memerlukan perhatian dengan memastikan hasil negeri mencapai sasaran.

“Diharapkan satu pengurusan urus tadbir yang baik dengan harapan defisit ini dikurangkan untuk mengelakkan rakyat memikul beban daripada hasil yang berkurangan,” kata Shamsudin.

Beliau juga memuji pembentangan belanjawan dikemukakan Mohamed Azmin khususnya dalam penggunaan prompter telus yang dilihat pembaharuan baru dalam belanjawan kali ini.

Shamsudin berkata strategi Belanjawan 2015 diharap dapat menarik pelabur dalam dan luar negeri untuk melonjakkan ekonomi Selangor.

Katanya, Kerajaan Negeri juga perlu memberikan perhatian khusus kepada perumahan mampu milik seperti yang disasarkan.

“Ia belum mencukupi untuk menampung permintaan golongan berpendapatan rendah bagi mendapat perumahan kerana kos semakin meningkat setiap tahun dengan unjuran kenaikan 7 peratus setahun,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.