Categories
SELANGOR

Maksima penggunaan MARRIS, guna konsep ‘value for money’

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 26 NOV: Keputusan Kerajaan Negeri membelanjakan RM600 juta peruntukan Kumpulan Wang Amanah Penyelenggaraan Jalan Raya Negeri dan Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya (MARRIS) bagi melaksanakan kerja berkaitan di Selangor disambut baik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Bagaimanapun, ADUN Kubu Bharu, Lee Kee Hiong dalam ucapan perbahasan Belanjawan Kerajaan Negeri Selangor 2015 berkata, mekanisma pelaksanaan kerja harus diperkemaskan supaya lebih efiksyen dan cepat.

gambar jalan lopak (1)“Pertama, masa yang diambil bagi memproses projek MARRIS terlalu lama seperti contoh yang berlaku tahun ini, salah satu agensi pelaksana iaitu pihak berkuasa tempatan (PBT) dikehendaki mengemukakan senarai kerja MARRIS kepada Kerajaan Negeri, sebelum 21 Februari lalu.

“Walaupun kontraktor yang dilantik dalam mesyuarat itu diberikan masa satu hingga dua bulan untuk menyiapkan kerja, tetapi amalan biasa adalah kebanyakan kerja akan siap lebih daripada dua bulan kerana masalah cuaca. Kontraktor juga ada yang kekurangan tenaga kerja dan ini bermakna jalan rosak terpaksa menunggu selama lima hingga 10 bulan untuk diturap semula.

“Bayangkan betapa marahnya pengguna jalan raya jika mereja perlu menggunakan jalan rosak itu setiap hari dan sebab itu saya amat berharap kerja MARRIS boleh dilaksanakan dengan segera tetapi kualiti tidak dikompromikan pada tahun 2015 demi menjaga imej Pakatan Rakyat (PR),” katanya.

ng suee lim dun red hands 02ADUN Sekinchan, Ng Sue Lim pula mengingatkan pihak pelaksana menekankan konsep ‘value for money’ supaya peruntukan MARRIS dapat dimanfaatkan semaksima mungkin bagi keselesaan rakyat Selangor.

“Peruntukan besar MARRIS ini adalah cukup besar di sembilan daerah dan 12 PBT di Selangor. Mekanisma pemantauan projek ini sangat penting kerana peruntukannya sangat besar dan mewah untuk meningkatkan kualiti jalan serta keselesaan rakyat Selangor.

“Kita harapkan PBT dan pihak pelaksana berkaitan dapat melaksanakan kerja ini dengan konsep ‘value for money’,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini.

khairuddin othmanSementara itu, ADUN Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman, pula mengharapkan peruntukan besar itu dapat menyelesaikan isu infrastruktur asas di Selangor.

“Diharapkan Kerajaan Negeri dapat memaksimakan penggunaan MARRIS kerana ia adalah penyelesaikan kepada masalah asas yang tergendala,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.