Categories
SELANGOR

MB: Kerajaan Negeri cari penyelesaian terbaik status tanah PAWS

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 18 NOV: Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali akan berbincang bersama Pejabat Tanah dan Daerah Petaling bagi mencari penyelesaian terbaik berhubung status tanah yang diduduki Pusat Kebajikan Haiwan (PAWS).

Menurutnya, satu pertemuan khas bersama Pejabat Tanah dan Daerah Petaling akan dilakukan esok, pada jam 2.30 petang yang turut akan melibatkan Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong dan PAWS sendiri.

paws“Kita perlu berbincang dengan pihak berkuasa.Buat masa ini, berikan kami (Kerajaan Negeri) peluang untuk berbincang dan mencari jalan penyelesaian,” katanya, di sini, hari ini.

Sementara itu, Pengurus PAWS, Edward Lim memaklumkan pihaknya terkejut apabila menerima notis kesalahan pendudukan secara tidak sah daripada Bahagian Tanah Daerah Petaling dan diarahkan berpindah, pada 10 November lalu.

Katanya, PAWS sudah menduduki tanah berkenaan sejak 28 tahun lalu dan pihaknya sehingga kini belum pasti sama ada ia berkenaan adalah milik kerajaan atau sebaliknya.

paws1“Dua tahun lalu, kami ada perbincangan dengan Sime Darby, yang mana mereka mahu mengambil semula tanah itu dan kami beritahu tiada tanah untuk pindah.

“Sime Darby beritahu mereka akan cuba untuk mencari tanah daripada kerajaan tetapi sehingga hari in tidak ada sebarang makluman,” katanya kepada Selangor Kini.

Secara keseluruhan dianggarkan 280 ekor kucing dan 260 ekor anjing yang ditempatkan di Pusat Penjagaan PAWS.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.