Categories
SELANGOR

MB: Paras air empangan Sg Selangor & Sg Tinggi disasar 70%

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 27 NOV : Peningkatan takungan simpanan air mentah antara 65 hingga 70 peratus disasarkan di dua empangan iaitu Sungai Selangor dan Sungai Tinggi menjelang hujung tahun ini yang menjadi sumber utama bekalan air di negeri itu.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata sehingga 26 November lalu, Sungai Selangor mencatat peningkatan bacaan sehingga 58.11 peratus, manakala Sungai Tinggi pula adalah sebanyak 52.92 peratus.

EmpanganBagaimanapun, katanya takungan simpanan air mentah di kedua empangan terbabit masih rendah berbanding sebelum 2012 yang mencatat bacaan sehingga 95 peratus.

“Paras (air mentah) yang dicatatkan masih jauh lebih rendah berbanding sebelum 2012 berikutan cuaca panas yang luar biasa dan pengurangan hujan yang sangat ketara.

“Ia terbukti melalui jumlah hujan yang dicatatkan pada Februari 2012 iaitu sebanyak 217 milimeter (ml) berbanding hanya 2ml pada tempoh sama tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada ucapan penggulungan di Dewan Negeri Selangor (DNS), hari ini.

Bagaimanapun, Mohamed Azmin yang juga Adun Bukit Antarabangsa berkata langkah proaktif untuk mengatasi penurunan air mentah di kedua empangan terbabit diatasi dengan pembinaan kolam alternatif di Bestari Jaya termasuk pelaksanaan pembenihan awam.

Ekoran itu, katanya, kadar takungan air mentah di semua empangan tidak lagi berada pada tahap kritikal.

“Kerajaan Negeri menggunakan dua khidmat Tentera Udara Malaysia (TUDM) dan syarikat swasta, AF Jet Sdn Bhd untuk menjalankan operasi pembenihan awam sebanyak 119 kali bermula Mac sehingga kini dengan kos RM3.5 juta,” katanya lagi.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.