Categories
SELANGOR

MDKL: Tawaran kompaun serendah RM10 dilanjutkan hingga 15 Nov

BANTING 7 NOV : Kempen pengurangan kompaun kesalahan letak kereta MDKL serendah RM10 akan dilanjutkan sehingga 15 November.

Ia berikutan sambutan yang menggalakkan serta kesedaran untuk menyelesaikan kompaun letak kereta oleh orang ramai.

Yang Dipertua MDKL, Mohd Azhar Mohamed Ali berkata, memandangkan kempen itu mencapai matlamatnya, MDKL bersetuju memudahkan orang ramai dengan melanjutkan Kempen Tawaran Kompaun parkir letak kereta MDKL dilanjutkan yang bermula 1 Oktober lepas.

MDKL1Beliau menambah, peluang itu perlu dimanfaatkan sebaik mungkin orang ramai yang masih mempunyai kompaun tertunggak kerana tawaran pengurangan bayaran kompaun ini adalah termurah ditawarkan oleh MDKL.

Menurutnya lagi, pada kadar minimum bagi kompaun yang diselesaikan dalam tempoh 14 hari adalah sebanyak RM30 dan kadar maksima pada RM80 di bawah Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Tempat Letak Kereta) (Majlis Daerah Kuala Langat) 2007 di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mohd Azhar juga mengingatkan pemilik kompaun tempat letak kereta MDKL boleh membuat bayaran di Kaunter Ibu Pejabat MDKL dan di Pejabat Penguatkuasa Telok Datok, sehingga 15 November ini sebelum tindakan undang-undang di ambil ke atas mereka.

Kaunter-kaunter ini beroperasi seawal jam 8.30 pagi hingga 4.00 petang dan semakan juga boleh dibuat di www.mdkl.gov.my

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.