Categories
SELANGOR

Pasukan Sukarelawan Tempatan mampu tangani denggi

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 26 NOV: Kerajaan Negeri disaran menubuhkan pasukan sukarelawan tempatan khusus bagi memastikan hal berkaitan kesihatan dapat ditangani.

Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR-Kajang) berkata, penubuhan pasukan itu dilihat mampu menangani masalah seperti denggi.

Katanya, pada masa sama rakyat juga perlu disedarkan dengan ilmu kesedaran sivik.

Wan Azizah“Jika anggota pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Jabatan Kesihatan Selangor tidak cukup, tubuhkan sukarelawan tempatan bagi memantau dan bersihkan tempat pembiakan.

“Kita bimbang dengan kesedaran sivik rakyat Malaysia yang akhirnya menyebabkan persekitaran berada dalam keadaan kotor.

“Keadaan ini akhirnya menyumbang kepada masalah lain seperti banjir kilat,” katanya dalam sesi perbahasan di Sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), hari ini.

Dr Wan Azizah turut mencadangkan Kerajaan Negeri dapat menubuhkan ‘standard committee’ yang dipengerusikan Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali sendiri.

“Dato’ Menteri Besar jadi pengerusi, ini bukan satu polemik tetapi ia adalah tanggungjawab dan amanah,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.