Categories
SELANGOR

Pekan Sabak perlu dibangunkan lonjak ekonomi masyarakat

SHAH ALAM 25 NOV: Adun Sabak, Sallehen Mukhyi mahu Kerajaan Selangor membangunkan semula Pekan Sabak di Sabak Bernam agar dapat melonjakkan ekonomi penduduk setempat.

Katanya, landskap di Pekan Sabak perlu dinaiktaraf bagi memastikan ia seiring dengan kemajuan negeri.

grafik-DNS“Ia agar dapat bersaing dengan masyarakat di Lembah Klang,” kata Sallehen semasa Sidang DNS.

Katanya, Kerajaan Negeri perlu melihat dan menyelesaikan masalah pembangunan Pekan Bagan Terap dan pembangunan projek di Ladang Air Manis yang masih terbengkalai.

Sebelum ini, beliau berkata, usaha naiktaraf dan pembangunan semula pekan itu merupakan antara tugas utamanya dalam penggal pertama sebagai ADUN.

Kebanyakan prasarana dan bangunan di pekan itu seperti pasar sudah usang manakala belia-belia ramai meninggalkan kawasan itu kerana kekurangan peluang pekerjaan.

EZY

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.