Categories
SELANGOR

Pekawanis terus aktif bantu rakyat Selangor

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 9 NOV: Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) akan terus bergerak aktif dalam pelbagai program kebajikan di seluruh Selangor.

“Saya percaya dengan barisan ahli jawatankuasa dinamik dan dengan semangat disuntik, Pekawanis mampu memberi idea dan cadangan hebat.

shamsidar“InsyaAllah, kita akan dapat melaksanakan program untuk kebaikan rakyat Selangor,” kata Shamshida Taharin selepas dilantik sebagai Yang Dipertua Pekawanis yang baru, semalam.

Beliau berkata, dirinya lebih senang bersikap terbuka dan semua ahli boleh bersuara memberikan cadangan kepada Pekawanis bagi membantu Kerajaan Negeri menjayakan program untuk kebaikan rakyat Selangor.

Katanya, dalam mesyuarat diadakan, Pekawanis membincangkan untuk mengadakan beberapa program dan berharap ia dapat dijayakan khasnya program berkaitan musim cuti damn kembali ke sekolah.

“Kita bercadang untuk mengadakan program seperti Back To School secara besar-besaran di mana setiap Dun akan meletakkan 50 pelajar serta program berkhatan dan gunting rambut iaitu kita akan membantu anak-anak kurang berkemampuan dan untuk persiapan kembali ke sekolah,” katanya dengan harapan program terbabit dapat dijayakan nanti.

Isteri Dato’ Menteri Besar juga berharap kerjasama antara ahli jwatankuasa dan semua ahli dapat dipertingkat untuk memperkukuhkan Pekawanis supay dapat menabur bakti dengan lebih berkesan kepada rakyat di Selangor

“Apabila kita ada sesuautu program, ahli-ahli akan bekerjasama dengan Ahli Jawatankuasa di dalam melaksanakannya dan saya harap ia akan menjadi lebih ke hadapan,” katanya yang juga dalam perancangan mengadakan program ZiarahMedik.

Leave a Reply

Your email address will not be published.