Categories
SELANGOR

Peruntukan pertanian RM14.47 juta jamin bekalan makanan cukup

Oleh: NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 24 NOV: Kerajaan Negeri meningkatkan peruntukan sektor pertanian kepada RM14.47 juta pada 2015 berbanding RM10 juta tahun sebelumnya.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata bagi menjamin bekalan makanan mencukupi, Kerajaan Negeri meningkatkan kemahiran peladang, penternak dan nelayan untuk menguasai kemahiran berteknologi tinggi.

Bajet MS4“Potensi pertanian besar sekiranya kita bersedia menggunakan teknologi yang berinovasi dan menguasai teknologi.

“Selangor mampu menjadi Belanda yang saiznya kecil dari Pahang tetapi berjaya menjadi pengeluar makanan kedua terbesar di dunia ekoran kemahiran teknologi dan menguasai ‘global supply chain’,” katanya ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2015, di Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini.

Mohamed Azmin menambah, untuk pembangunan nelayan dan petani, Kerajaan Negeri akan bekerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk menjayakan program ekonomi nelayan tradisi.

“Menerusi kerjasama itu, nelayan terlibat akan mengikuti program pembangunan seperti pemasangan sistem ais, pemulihan kolam sangkar program ‘Jom Bertani’ dan elaun sara hidup nelayan darat yang semuanya berjumlah RM15.3 juta,” katanya lagi.
EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.