Categories
SELANGOR

Peruntukan RM376,000 biaya 40 belia ikuti program diploma belia UPM

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 7 NOV: Kerajaan Selangor memperuntukkan RM376,000 membiayai 40 pelajar negeri itu mengikuti program Diploma Belia Dalam Kerjaya Pembangunan di Universiti Putra Malaysia (UPM).

Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amiruddin Shari, berkata program usaha sama Kerajaan Selangor – UPM itu dimulakan Februari 2015 nanti.

B1wvPyDCAAAwYMZ“Sasaran kita 40 orang. Dalam temuduga kita buat ada 27 orang sahaja layak dan selepas ini saya harap Pusat Khidmat Masyarakat dan Pejabat ADUN hantar nama layak supaya kita boleh temuduga bagi cukupkan kouta.

“Insya-Allah menjelang Februari 2015 kita boleh hantar ‘batch’ pertama yang kita bekerjasama dengan UPM,” kata Amiruddin di Program Taklimat Pembentangan Laporan Akhir Dasar Belia Negeri Selangor di Bangunan Annexe, di sini, malam tadi.

Jelas Amiruddin program itu bukan sahaja bagi membantu individu yang dipilih melanjutkan pelajaran, malah mereka terlibat juga dapat membantu Kerajaan Negeri menjayakan misi membentuk generasi belia akan datang berbudaya positif.

Tambah Amiruddin program itu merupakan salah satu daripada usaha sama Kerajaan Negeri – UPM dalam merangka Dasar Belia Selangor.

konvo UPMSementara itu, dalam taklimat dihadiri wakil NGO, pemimpin masyarakat dan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) itu, Profesor Jabatan Pemajuan Profesional dan Pendidikan Lanjutan, Prof Dr Bahaman Abu Samah ketika membentangkan kertas kerjanya berkata isu pembangunan belia merupakan satu cabaran besar yang perlu diberi perhatian serius.

Jelas beliau, kajian dijalankan Kumpulan Penyelidik Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS), UPM itu menetapkan 10 bidang yang perlu dijadikan keutamaan dalam membangunkan generasi belia.

Bidang-bidang itu, pendidikan dan latihan kemahiran, keusahawanan dan perkerjaan, kepimpinan dan organisasi, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta kesejahteraan dan kesihatan.

Empat bidang lain adalah, sukan dan kecergasan, agama dan akhlak, kebudayaan dan kesenian serta pengantaranbangsaan.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.