Categories
SELANGOR

RM17 juta bangunkan atlet, prasarana sukan

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 24 NOV: Sejumlah RM17 juta diperuntukkan bagi pembangunan atlet dan prasarana sukan negeri itu.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata ini termasuk penubuhan Perbadanan Aset Sukan Negeri Selangor yang mengurus dan menyelenggara prasarana sukan seperti Stadium Shah Alam, Stadium Kota Raja, Klang dan Stadium Selayang.

Bajet MS10“Sukan mempunyai dimensi ekonomi yang perlu dimajukan,” kata Mohamed Azmin ketika Belanjawan 2015 Selangor di sini hari ini.

Kerajaan Negeri berhasrat menjana industri budaya dan intelektual dengan membangunkan Selangor sebagai hub kesarjanaan dan pusat kecemerlangan ilmu dalam penyelidikan dan pembangunan(R&D), pembangunan sains, teknologi dan inovasi serta penerbitan.

“Selangor mahu merancakkan ‘soft sector’ ini dengan terlibat secara langsung dalam program penterjemahan sebagai wahana pemindahan ilmu,” kata Mohamed Azmin lagi.

Jelas beliau, Kerajaan Negeri akan mencadangkan program penterjemahan karya antarabangsa yang dikawal selia Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) dan memberi insentif kepada bakal penterjemah yang bekerjasama dengan PPAS.

Selain itu Kerajaan Negeri juga turut mencadangkan waktu operasi perpustakaan ini dilanjutkan kepada 10.00 malam.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.