Categories
KENYATAAN MEDIA

Selangor akan lancar Skim Sewa Milik

Oleh: Iskandar Abdul Samad

Kerajaan Negeri Selangor akan melancarkan skim sewa milik untuk pembeli-pembeli rumah kos rendah yang gagal mendapat pinjaman bank.

Majlis pelancaran akan disempurnakan oleh Menter Besar Selangor, YAB Tuan Mohd. Azmin Ali pada 24 November ini.

rumah mampu milik sutera damansara 01Kerajaan Negeri melalui Perumahan Dan Hartanah Selangor Sdn Bhd (PHSB) akan membeli rumah-rumah kos rendah dan menyewakannya kepada pembeli-pembeli tersebut.

Setelah 2 tahun menyewa, mereka boleh membuat pilihan untuk membeli rumah-rumah itu. Sebahagian dari sewa yang dibayar sepanjang tempoh tersebut akan ditolak dari harga rumah.
Pembelian adalah dengan membuat pinjaman dari bank.

Walau bagaimanapun jika mereka masih belum mampu membuat pinjaman bank, mereka boleh terus menyewa sehingga mereka mampu.

Mereka juga boleh menyewa sehingga bayaran sewa mereka dapat menampung keseluruhan harga rumah.

Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM10 juta untuk fasa pertama program ini.
Program ini yang dinamakan Dana Sel adalah telah terkandung di dalam Manifesto Pakatan Rakyat Negeri Selangor bagi pilihan raya umum 2013.

Ianya di bawah program-program untuk mewujudkan skim pinjaman perumahan Kerajaan Negeri dan memperbanyakkan jumlah rumah sewa di bawah Kerajaan Negeri.

* Iskandar A. Samad adalah Exco Perumahan, Pengurusan Dan Kehidupan Bandar

Leave a Reply

Your email address will not be published.