Categories
SELANGOR

Selangor hulur bantuan RM15,000 mangsa banjir Cameron Highlands

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 7 NOV: Kerajaan Selangor meluluskan peruntukan sebanyak RM15,000 bagi membantu mangsa bencana banjir di Cameron Highlands,Pahang.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita Dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi berkata, peruntukan itu diluluskan dan akan dihantar segera bagi membantu mangsa bencana.

Banjir Cameron Highlands“Kerajaan Negeri mengucapkan takziah kepada mangsa bencana banjir dan tanah runtuh di Cameron Highlands, peruntukan RM15,000 diluluskan untuk bantuan ke sana,” katanya menerusi laman Facebook.

Dalam kejadian banjir dan tanah yang berlaku dua hari lalu mengorbankan tiga nyawa sementara hampir 30 buah keluarga dipindahkan daripada kediaman mereka.

Kejadiaan ini dipercayai berpunca daripada pelepasan air dari Empangan Sultan Abu Bakar ditambah dengan taburan hujan yang tinggi kebelakangan ini.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.