Categories
SELANGOR

Shafie Ngah dipilih Timbalan Speaker DNS baru

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 24 NOV : Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bangi, Shafie Ngah secara rasmi dilantik sebagai Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS) yang baru berkuatkuasa pagi ini.

Beliau yang merupakan Adun PAS mengangkat sumpah dan menandatangani surat sumpah jawatan di hadapan Speaker, Hannah Yeoh sambil disaksikan barisan pimpinan negeri di DNS hari ini.

shafiengah6Pencalonan Shafie sebagai Timbalan Speaker dilakukan Adun Chempaka, Iskandar Abdul Samad dan disokong Adun Meru, Dr Abdul Rani Osman.

Menariknya, pemilihan jawatan itu dilakukan secara undi sulit oleh Adun Pakatan Rakyat (PR) sahaja setelah kesemua pimpinan Barisan Nasional (BN) Selangor mengambil keputusan untuk tidak mengundi.

Selain Shafie, Adun Sekinchan, Ng Suee Lim turut dicalonkan sebagai Timbalan Speaker.

undiShafie mendapat 28 undi, manakala Suee Lim memperoleh 14 undi.

Terdahulu, Nik Nazmi Nik Ahmad meletakkan jawatannya sebagai Timbalan Speaker untuk memberi laluan kepada wakil PAS.

Peletakan jawatan Nik Nazmi juga dibuat selepas Adun Seri Setia itu dilantik sebagai salah seorang daripada 10 Exco Kerajaan Selangor yang baru.

EZY

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.