Categories
SELANGOR

Speaker: Pemberian kereta rasmi Ketua Pembangkang bukan gimik

Oleh: NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 25 NOV: Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS), Hannah Yeoh hari ini menggesa semua pihak tidak mempolitikkan pemberian kenderaan rasmi Kerajaan Selangor kepada Ketua Pembangkang, Datuk Mohd Shamsudin Lias, semalam.

Katanya, tidak timbul soal Dato’ Menteri Besar hanya membuat gimik kerana pemberian kemudahan itu dipersetujui dalam Jawatankuasa Pilihan Khas Pengurusan Dewan yang bermesyuarat pada 25 Ogos 2013.

Sidang DUN 24.11.2014 (2)“Jawatankuasa itu mempunyai tujuh ahli dan Adun Sungai Burung adalah salah seorang daripada mereka.

“Tidak timbul isu Menteri Besar main gimik, kerana keputusan Jawatankuasa itu dipanjangkan ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dan diluluskan Mantan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid dan ia telah pun diumumkan pada sidang dewan yang lepas,” kata kepada pemberita dalam satu sidang media di Dewan Annex hari ini.

Mengulas lanjut, Hannah berkata pemberian kemudahan itu bukan untuk individu sebaliknya kepada sesiapa sahaja yang memegang jawatan ketua pembangkang.

“Kemudahan telah diberi agar beliau dapat jalankan tugasnya dengan efektif.

“Sekiranya beliau berjaya menjalankan tugas ‘check and balance’ dengan berkesan, yang akan terima manfaatnya sudah tentulah rakyat,” jelasnya lagi.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.