Categories
SELANGOR

Ketua Pembangkang DNS mahu Anwar lepas jawatan Penasihat Ekonomi

Oleh: NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 4 DIS: Ketua Pembangkang Dewan Negeri Selangor (DNS), Datuk Mohd Shamsudin Lias mahu Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim melepaskan jawatan Penasihat Ekonomi Selangor setelah kehilangan darjah kebesaran dari Istana Selangor.

Katanya, penarikan kembali gelaran ‘Datuk Seri’ yang dikurniakan itu mewujudkan persoalan integriti ke atas Anwar.

shamsudin lias“Saya secara peribadi bersetuju dengan tindakan Istana kerana tindak tanduk Penasihat Ekonomi Selangor itu telah menimbulkan kemelut dan krisis di Selangor,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di Bilik Ketua Pembangkang, di bangunan Annex di sini, hari ini.

Shamsudin berkata kemelut Menteri Besar Selangor disebabkan campur tangan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

“Beliau menyebabkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kajang yang menyebabkan pembaziran wang rakyat dan kemudiannya menyebabkan kemelut Menteri Besar sehingga Abdul Khalid kehilangan jawatan.

“Cadangan isterinya (Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail) untuk menggalas jawatan Menteri Besar juga bertentangan dengan Undang-undang Tubuh Negeri sehingga menimbulkan kekecohan yang akhirnya beberapa isu di Selangor terabai,” katanya.

EZY

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.