Categories
SELANGOR

MB: Kejatuhan nilai ringgit, pelancongan perlu dirancakkan

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 15 DIS: Kejatuhan nilai ringgit memberi peluang ekonomi apabila kebanjiran tinggi pelancong asing ke negara ini ekoran faktor kuasa berbelanja lebih dimiliki golongan itu.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata Kerajaan Negeri berharap Selangor bersedia menghadapi cabaran itu termasuk merangka strategi dinamik.

myr“Yang saya sebut bila nilai ringgit jatuh, ia bukan satu suasana ekonomi yang baik tetapi ada juga kebaikannya untuk kita mendapat sokongan daripada industri seperti pelancongan.

“Kita mengharapkan lebih ramai pelancongan datang ke Selangor dan Malaysia, maka sektor pelancongan harus bersiap sedia,” katanya kepada media di sini, hari ini.

Selangor akan menjayakan Tahun Melawat Selangor 2015 dengan sasaran tujuh juta pelancong melawat negeri itu.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri turut menekankan amalan perbelanjaan berhemah bagi menangani isu itu termasuk menghindari isu ketirisan serta penyelewengan.

“Laporan Ketua Audit Negara (mengenai ketirisan) harus diberikan perhatian supaya tidak berulang kontrak atau sistem perolehan itu,” katanya.

Mohamed Azmin berkata, perkara itu harus diteliti semula bersesuaian dengan cabaran terkini kejatuhan nilai matawang negara.

EZY

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.