Categories
SELANGOR

MB: Ketua Pembangkang DNS jadi Pengerusi PAC tingkat kecekapan, bukan letak jawatan

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 9 DIS: Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali kesal dengan peletakan jawatan Adun Sungai Burong, Datuk Mohd Shamsudin Lias sebagai Ketua Pembangkang Selangor dan Pengerusi Jawatankuasa Kira–kira Wang Awam (PAC) Negeri.

Beliau berkata, jawatan itu merupakan jawatan penting dalam pengurusan negeri sebagai penyemak imbang (check and balance) kepada Kerajaan Negeri.

Sidang DUN 24.11.2014 (2)Katanya, peranan itu seharusnya dimanfaatkan bagi memberi keadilan kepada rakyat.

“Kerajaan Negeri sentiasa berusaha memantapkan demokrasi matang mengambil sistem ala Westminster dengan peranan pembangkang dalam pentadbiran tidak dipandang serong atau dianaktirikan.

“Menjadi tanggungjawab kerajaan memberikan kemudahan bagi mereka menjalankan tugas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, Shamsudin meletakkan jawatan dan berkata keputusan dibuat selepas beliau menolak perlantikan jawatan sebagai pengerusi PAC.

Mengulas lanjut keputusan itu, Mohamed Azmin berkata pelantikan Ketua Pembangkang sebagai Pengerusi PAC adalah bagi meningkatkan lagi keberkesanan sistem demokrasi di Selangor.

“Ketua Pembangkang Selangor sewajarnya mempengerusikan PAC Negeri dan menerima kemudahan setimpal dengan tanggungjawab digalas.

“Diucapkan terima kasih penglibatan ADUN Pembangkang lain yang aktif dalam Jawatankuasa–jawatankuasa Pilihan Dewan Negeri Selangor lain dan memainkan tanggungjawab mereka,” katanya lagi.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.